Posts Tagged ‘zina’

Wasiat Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Continue reading

Bacalah jika kalian pemuda Islam. renung.

Jahiliah hari ini lebih gelap dari semalam. Melihat dari satu sudut, dapat aku simpulkan umat Islam hari ini telah jauh dari Islamnya.Islam pada penglihatanku hari ini cuma pada nama. Saban waktu, syariat dan risalah yang dibawa junjungan semakin di abaikan.

Kata orang, jika ingin melihat masa depan sesuatu bangsa itu, lihatlah pada pemudanya. Untuk sejenak, cuba kita lihat, kita fikir tentang keadaan sekeliling kita. Apakah Islam itu dibawa selari dengan peredaran zaman? atau adakah zaman itu terlalu pantas meninggalkan ad-Dinul Haq di belakang? Remaja kita hari ini sudah jauh dari Islam. Mungkin ramai yang tidak sedar, kita sebenarnya sedang tewas dalam sebuah peperangan, peperangan ideologi.

Ya Khalifah,

Saat ini ideologi Barat merajai kita. Para selebriti, artis diagungkan, ulama entah berapa ramai yang kenal. Hari ini, kita kerapkali disogokkan orang yang belajar agama, orang yang belajar di sekolah-sekolah pondok tidak akan pernah menjadi seorang yang hebat. Dan kerana itulah, sesetengah negara dikuasai pemeritahan orang-orang yang kufur. Dan kerana itulah juga, Islam bukan lagi teras bagi pemerintahan negara. Maka kita tanya diri kita, Islamkah negara yang terasnya bukan Islam? dan Islamkah negara yang perundangan paling tinnginya bukan undang-undang Syariah? Tepuk dada, tanya minda.

Continue reading

%d bloggers like this: