Posts Tagged ‘sayang’

Cinta, Rindu..

Sujudlah pada Tuhanmu.

Ya Rabb, Kau hadirkan cinta ini dalam hatiku..

Aku bimbang, aku takut kelalaian akan menghampiriku..

Aku takut cintaku padamu berantakan..

Ya Rahman, Kau suburkan rindu dalam hati ini pada insan bernama wanita..

Aku bimbang rinduku pada syurgamu pudar..

Aku takut suatu masa aku lebih menyintai dunia ini dari bersamaMu.. Continue reading

Buat insan bernama isteri.

Assalamualaikum.
Terima kasih wahai isteriku kerana kehadiranmu. Hadirmu menguatkan lagi cintaku padaNya, menambah kemanisan untuk bertahajud di sepertiga terakhir malam. Sesungguhnya, benar, cinta yang dibina kerana Allah itu cukup indah, cukup suci. Taktala aku dibuai keindahan dunia, kau menyedarkanku, menuntunkan ku kembali ke jalan para salafus soleh, begitu juga bila kau yang tersasar.

Isteriku, seribu kemaafan ku pinta darimu. Aku ini insan yang lemah, meski telah lama kita bersama, aku masih gagal menafsirkan dirimu. Kecetekan akalku membuatku kerap melakukan kesalahan. Meski di bawah kakiku ini letaknya syurgamu, aku masih perlu memohon kemaafan darimu. Ini bukan kali pertama aku bersalah padamu, sudah seringkali kau menitiskan airmata atas perlakuanku yang di luar akal normal, atas kebodohanku melukakan hatimu. Aku insan yang hina, aku insan yang hina, aku insan yang hina. Tercipta dari setitis air mani yang hina.

Continue reading

Wo ai ni Allah

Cinta pada Allah itu abadi, cinta pada manusia itu sememangnya melalaikan…

Pernahkah kita renungkan betapa cinta manusia ini sememangnya lebih banyak membawa kepada kelalaian.Termasuklah diri ana sendiri. Kita terlupa bahawa cinta yang sebenarnya, cinta yang hakiki itu hanya pada DIA. Ana baru menyudahkan pembacaan novel karangan Fatimah Syarha, SEINDAH MAWAR BERDURI. Jelas terasa diri ini punya banyak kekurangan. Cinta pada Allah itu tidak pernah mengecewakan, dan yang pasti kita tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan. Sekiranya Allah menguji kita dengan kesusahan, maka itu adalah kerana dia mahu menyedarkan kita dari terus terlena oleh dunia, terus bersama penyakit wahn.

Sabda Nabi SAW: “Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan menggerumuni kalian seperti orang-orang rakus memrebutkan makanan di atas meja. ‘Apakah kerana pada saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulullah?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu ramai, akan tetapi kamu seperti buih di lautan. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al-wahan pada diri dan perasaan kamu’. Sahabat bertanya: ‘Apakah penyakit al-wahan itu ya Rasulullah?’ Nabi SAW menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “.

Di sinilah salah kita, kita lupa betapa singkatnya dunia ini. Seharusnya, bermula saat ini, kita perlu menumpukan cinta kita kepada cinta yang lebih hakiki, cinta pada Dia Yang Maha Penyayang.InsyaAllah bersama-sama kita memperbaiki Ummah.ISLAM WILL DOMINATE THE WORLD.

%d bloggers like this: