Posts Tagged ‘renung’

Wahai Seorang Hawa, Renungkanlah..

Renungkanlah wahai hawa…

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Continue reading

Advertisements

Sekilas pandang ke dalam jiwa

Merenung diri, mencari titik hitam pada sehelai kertas putih. Inilah kita, masyarakat Islam di Malaysia. Dari pemerhatian penulis, masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak melihat Islam dari sudut yang agak sempit, Rata-rata pihak melihat Islam dari sudut amal fardhi. Bagi golongan Islam majoriti ini, Islam itu hanyalah merangkumi 5 Rukun Islam dan beberapa amal persendirian yang lain. Mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, hajji, bersedekah dan beberapa amal lagi yang rasanya para pembaca dapat fikirkan sendiri.

Islam is the way of life. Islam itu satu cara hidup. Di sini, dapat kita rumuskan bahawa setiap saat dalam hidup kita hendaklah berteraskan Islam.Satu contoh kesalahan umat Islam di Malaysia dalam membuat tanggapan adalah politik dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya digaulkan dalam satu pinggan yang sama. Tanggapan ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang nyata. Cuba kita renungkan, apakah Rasulullah s.a.w. mengamalkan politik ketika baginda s.a.w. memimpin umat Islam? Tentu sekali jawapannya ya. Maka, sewajarnya kita selaku para dai’e menyedarkan masyarakat bahawa Politik itu adalah salah satu bidang dalam Islam.

Continue reading

%d bloggers like this: