Posts Tagged ‘neraka’

Merendah diri untuk Meninggi..

Kita tetap harus merendah diri meskipun pada saat sedang berhadapan dengan pelaku dosa besar. Kita tidak boleh berasa diri lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebab kita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akn bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn al-khatimah(kesudahan yang baik). Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilakukannya itu, nauzubillah. Sebaik-baik manusia boleh menjadi buruk, dan seburuk-buruk manusia boleh menjadi baik.

Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(Riwayat al-Tarmizi no.2693)

Sebenarnya berasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat kelak. Jika tidak segera diubati, penyakit hati ini akan membawa kepada pelbagai kerugian dan kerosakan yang lebih berat daripada yang diakibatkan dosa-dosa zahir.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam Fath al-Bari 11/401 bahawa Hafs bin Humaid bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak :

“Aku melihat sessorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya? ”

Ibn al-Mubarak berkata :

” Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu.”

Wallahu a’lam..

Renung-renungkan dan muhasabah diri..

Advertisements

Dunia, jangan hanyutkan aku!

Lady in red. Kelalaian dunia yang nyata.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya lady in red dan kelalaian hidup di dunia. Sebenarnya, dalam freemasonry, terdapat simbol lady in red yang membawa maksud kelalaian dunia. Penulis bukanlah ingin melakar diskripsi mengenai gerakan freemason, sasaran utama penulis adalah untuk membicarakan mengenai bangsa kita (bangsa Islam, bukan bangsa Melayu) yang semakin larut dalam alunan dunia, sepertimana larutnya garam dalam air, tidak mudah untuk mendapatkan garam itu semula.

Dalam satu perkhemahan yang penulis sertai, ada penceramah yang mengatakan perkiraan masa hidup kita ini hanyalah 2 jam setengah masa di akhirat, masyaAllah, pendeknya hidup di dunia. Meskipun demikian, masih ramai yang terus terleka dengan dunia yang indahnya ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan akhirat yang abadi.

Continue reading

%d bloggers like this: