Posts Tagged ‘masa’

Wanita : Norma versus Agama

Assalamualaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh…

Seindah Perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Benar, tidak diragui sama sekali. Namun, jika kita menyingkap kembali lembaran wanita Islam hari ini, banyak yang perlu kita perbaiki.

Bukanlah penulis mahu menghina mana-mana wanita, tetapi dari kaca mata penulis, wanita hari ini melihat bahawa perbezaan usia membolehkan seseorang menghalalkan sesuatu pergaulan. Antara contohnya, seorang pelajar wanita bertemu dengan seorang pensyarah lelaki secara bersendirian di bilik pensyarah tersebut. Jika hal ini ditegur, alasan bahawa niat cuma ingin belajar itu akan kita terima kembali. Malah ada yang mengatakan hal tersebut tidak mengapa kerana pensyarah tersebut telah lewat usia. Di sinilah silapnya muslimah kita. Di sinilah sang mawar menumpulkan duri yang bertunas pada dirinya.

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih). Continue reading

Sekilas pandang ke dalam jiwa

Merenung diri, mencari titik hitam pada sehelai kertas putih. Inilah kita, masyarakat Islam di Malaysia. Dari pemerhatian penulis, masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak melihat Islam dari sudut yang agak sempit, Rata-rata pihak melihat Islam dari sudut amal fardhi. Bagi golongan Islam majoriti ini, Islam itu hanyalah merangkumi 5 Rukun Islam dan beberapa amal persendirian yang lain. Mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, hajji, bersedekah dan beberapa amal lagi yang rasanya para pembaca dapat fikirkan sendiri.

Islam is the way of life. Islam itu satu cara hidup. Di sini, dapat kita rumuskan bahawa setiap saat dalam hidup kita hendaklah berteraskan Islam.Satu contoh kesalahan umat Islam di Malaysia dalam membuat tanggapan adalah politik dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya digaulkan dalam satu pinggan yang sama. Tanggapan ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang nyata. Cuba kita renungkan, apakah Rasulullah s.a.w. mengamalkan politik ketika baginda s.a.w. memimpin umat Islam? Tentu sekali jawapannya ya. Maka, sewajarnya kita selaku para dai’e menyedarkan masyarakat bahawa Politik itu adalah salah satu bidang dalam Islam.

Continue reading

%d bloggers like this: