Posts Tagged ‘kiamat’

Khutbah Rasulullah mengenai Dajjal.

Ibnu Majah memberitahu, mereka dimaklumkan oleh Ali bin Muhammad yang mendapat berita ini daripda orang lain iaitu Abdurrahman al-Muharibi, Ismail bin Rafi bin Abu Rafi, Abu Zarah asy-Syaibani Yahya bin Abu Amr, dan Abu Umamah al-Bahili. Katanya, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah kepada mereka dan itu merupakan khutbah beliau yang paling panjang mengenai Dajjal. Rasulullah memperingatkan mereka mengenai bahaya Dajjal. Antara kandungan khutbah baginda ialah:

“Tidak ada cubaan di dunia ini yang lebih besar dari cubaan Dajjal, sejak Allah menciptakan keturunan Adam. Setiap nabi yang Allah utus pasti akan memperingatkan umatnya mengenai Dajjal. Aku adalah penutup para nabi, dan kamu semua adalah umat terakhir. Dajjal pasti akan muncul dari kalangan kamu. Dia akan muncul secara tiba-tiba. Aku menjadi pembela setiap orang Islam dengan hujahku. Apabila Dajjal itu muncul selepas ketiadaanku, setiap orang menjadi pembela dirinya dengan hujahnya sendiri.

Sekiranya Dajjal keluar dari tempat yang sepi di antara Syam dan Iraq, dia akan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Wahai hamba-hamba Allah, kuatkan hati kamu, kerana aku akan menggambarkan sifat-sifatnya kepada kalian. Sifat-sifat ini tidak pernah digambarkan oleh mana-mana nabi sebelum aku.

Dajjal akan memulakan ucapannya dengan berkata, ‘Saya adalah seorang nabi dan tidak ada nabi selepas saya’. Kemudian dia akan memuji dan berkata lagi, ‘Aku adalah tuhan kamu. Kalian tidak akan dapat melihat tuhan kamu sebelum kamu mati.’

Continue reading

Advertisements

Kiamat.

Mati itu pasti.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Continue reading
%d bloggers like this: