Posts Tagged ‘isa’

Khutbah Rasulullah mengenai Dajjal.

Ibnu Majah memberitahu, mereka dimaklumkan oleh Ali bin Muhammad yang mendapat berita ini daripda orang lain iaitu Abdurrahman al-Muharibi, Ismail bin Rafi bin Abu Rafi, Abu Zarah asy-Syaibani Yahya bin Abu Amr, dan Abu Umamah al-Bahili. Katanya, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah kepada mereka dan itu merupakan khutbah beliau yang paling panjang mengenai Dajjal. Rasulullah memperingatkan mereka mengenai bahaya Dajjal. Antara kandungan khutbah baginda ialah:

“Tidak ada cubaan di dunia ini yang lebih besar dari cubaan Dajjal, sejak Allah menciptakan keturunan Adam. Setiap nabi yang Allah utus pasti akan memperingatkan umatnya mengenai Dajjal. Aku adalah penutup para nabi, dan kamu semua adalah umat terakhir. Dajjal pasti akan muncul dari kalangan kamu. Dia akan muncul secara tiba-tiba. Aku menjadi pembela setiap orang Islam dengan hujahku. Apabila Dajjal itu muncul selepas ketiadaanku, setiap orang menjadi pembela dirinya dengan hujahnya sendiri.

Sekiranya Dajjal keluar dari tempat yang sepi di antara Syam dan Iraq, dia akan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Wahai hamba-hamba Allah, kuatkan hati kamu, kerana aku akan menggambarkan sifat-sifatnya kepada kalian. Sifat-sifat ini tidak pernah digambarkan oleh mana-mana nabi sebelum aku.

Dajjal akan memulakan ucapannya dengan berkata, ‘Saya adalah seorang nabi dan tidak ada nabi selepas saya’. Kemudian dia akan memuji dan berkata lagi, ‘Aku adalah tuhan kamu. Kalian tidak akan dapat melihat tuhan kamu sebelum kamu mati.’

Continue reading

Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part 1.

Muhammad, Jesus, and Moses are brothers in faith.

1. Kedatangan Muhammad yang dinanti-nantikan.

Diriwayatkan ketika Abdul Mutallib dan bangsawan2 Quraisy yang lain mengunjungi yaman untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan ke atas Habshah, Raja Saif Zu Yazin memberitahu bahawa seorang anak lelaki akan lahir dari Makkah, dan di antara 2 tulang belikatnya ada tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut, maka ia akan jadi pemimpin sehingga hari kiamat.

Apabila diselidiki Taurat dan Injil, terdapat ayat yang menjelaskan tentang perihal kedatangan Muhammad. Dalam taurat misalnya, terdapat ayat :

“The Lord cam from the north, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints.”

Continue reading

%d bloggers like this: