Posts Tagged ‘imam’

Imam Syafi’i.

Mazhab Syafi’i diasaskan oleh Imam Muhammad Bin Idris Bin al-Abbas Bin Uthman Al-Syafi’i. Moyangnya bernama Hasyim bin Abdul Muthallib bBin Abdul Manaf, membuktikan susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah. Imam Syafi’i lahir pada tahun 150 Hijrah bertepatan dengan hari kewafatan Imam Abu Hanifah. Oleh itu, sangat masyhur ungkapan,

Wafatnya seorang imam, lahir pula seorang imam.

Beliau dilahirkan di Gaza, Palestin dalam keluarga yang kurang berada. Kesederhanaannya membentuk peribadi yang sangat merendah diri. Ketika kecil beliau telah mengikut ibunya berpindah ke Makkah dan pada usia sembilan tahun beliau telah menghafal 30 juz Al-Quran. Manakala pada usia 10 tahun beliau telah berjaya menghafal kitab Muwattha’ karangan Imam Malik. Imam Syafi’i berguru dengan Imam Malik, secara tidak langsung beliau mewarisi pemahaman gurunya. Ketika itu, beliau juga turut berguru dengan Imam Sufyan bin ‘Uyaynah.

Kemudian beliau berhijrah ke Yaman untuk berguru dengan Imam Ibnu Mazin Al-San’ani dan Imam ‘Amru bin Abi Salamah dalam pelbagai ilmu termasuklah perubatan. Pada 184 Hijrah beliau berhijrah pula ke Baghdad untuk berguru dengan Imam Muhammad Bin Al-Hasan Al-Syaibani iaitu murid Imam Abu Hanifah dan beliau juga sangat setia mendampingi Imam Ibnu Usamah Al-Kufi dan Imam Abdul Wahhab Bin Abdul Majid Al-Kufi. Pengajiannya di Iraq berterusan sehingga terbentuknya fatwa lama Imam Syafi’i di sana. Di sampin itu, beliau turut mengumpulkan hadis dan athar hukum (athar: Benda-benda yang Tuhan jadikan dan letakkan kesan padanya) di dalam kitabnya, yang berjudul Musnad Imam Syafi’i. Imam Syafi’i sangat terkenal dalam bidang hadis sehingga kini beliau terkenal dengan gelaran Nasir Al-Sunnah(pendokong sunnah). 300 tahun selepas pemergian beliau, usaha pengumpulan hadis dan fatwa para sahabat dalam mazhab Syafi’i telah diteruskan oleh Imam Baihaqi.

Continue reading

Siapa Hasan Al-Banna?

Hassan al Banna (14 Oktober 1906 – pada petang 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur’an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Continue reading

%d bloggers like this: