Posts Tagged ‘aurat’

Aurat Lelaki, bicara yang diabaikan.

 

Apakah batasan aurat lelaki?

Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).
Continue reading

Siapa mahram seorang muslimah???

Siapakah Mahram?

Dibolehkan menampakkan sebahagian aurat dan diharamkan berkahwin

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bolehnya mahram melihat bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita. Continue reading

Aurat ini akan kujaga untukMU.

Etika menutup aurat muslimah

1. Aurat wanita didepan lelaki bukan mahram adalah seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Tidak boleh yg menampak aurat walaupun kecil seperti menampakkan leher, lengan dan sebagainya.

Firman Allah:

Maksudnya: “Dan janganlah wanita-wanita itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada-dada mereka.” (31: An-Nur)

Perhiasan yg zahir adalah muka dan tapak tangan.

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit. contohnya pakaian yg jarang atau yg nipis sehinggakan nampak warna kulit.

Inilah yg Nabi sebut sebagai wanita ahli neraka:

“Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya.” Hadis sahih riwayat imam Muslim.

Saidina ‘Aisyah r.a apabila melihat perempuan yg memakai tudung yg nipis, beliau akan menyuruhnya memakai yg tebal dan berkata:

“Tudung adalah yg menutupi kulit dan rambut.”

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh.

Banyak wanita yg memakai pakaian tetapi tidak mencukupi syarat-syarat ini maka dia tidak dianggap menutup aurat kerana 3 perkara ini syarat utama bagi menutup aurat. Jadi berapa ramaikah wanita yg benar-benar menutup auratnya?

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAT SEKELIAN..HIDUP DAN MATI KITA HANYA UNTUK ALLAH.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : ” Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?” Jawab Nabi S.A.W. : Jangan menipu Allah.” Orang itu bertanya lagi : ” Bagaimana menipu Allah ?” Jawab baginda “Iaitu mngerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah,tetapi tidak kerana Allah.” Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Received from Ummu Aisyah.

Thank you.

%d bloggers like this: