Posts Tagged ‘agama’

Menyempurnakan agama, meraikan adat.

image

Bismillah.

Lewat waktu ini, adat kerapkali diseterukan dengan agama. Adat dikatakan menghalang agama daripada ditunaikan secara kaffah. Seringkali digambarkan agama itu berbeza dari adat.

Agama. Adat. Apakah ada pertentangan dalam intinya? Apakah elemen-elemennya tidak bersatu?

Agama itu kepercayaan dan pegangan. Adat itu kebiasaan atau peraturan turun-temurun. Kebiasaan itu mengikut keadaan semasa. Terbiasa juga boleh jadi kebiasaan. Kepercayaan juga boleh jadi kebiasaan.

Adat itu juga mampu dijadikan satu elemen agama selagimana tidak bertentangan dengan agama, dengan syarak.

Continue reading

Advertisements

Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part II

brothers.

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part 1. 

2. Muhammad sebagai As-Sadiq Al-Amin.

Sesungguhnya aku telah tinggal bersama kamu beberapa lama sebelumnya (Sebelum Al-Quran diturunkan).Apakah kamu tidak memikirnya? – Yunus : 16.

Jika di Part I, Taurat dan Injil telah meramal kedatangan baginda nabi Muhammad s.a.w., maka dengan itu kebenarannya sebagai Rasulullah tidak dapat dinafikan lagi. Pengakuan tentang kebenaran baginda tidak lain tidak dak bukan adalah kerana peribadinya, kerana sirah perjalanan hidupnya. Sebelum diutuskan sebagai nabi lagi, baginda telah terkenal sebagai As-Sadiq Al-Amin yakni orang yang benar lagi dipercayai.

Pernah suatu ketika, Abdullah bin Abil-Huma’ seorang rakan perniagaannya, berjanji untuk menemuinya di suatu tempat, tetapi dia sendiri telah terlupa akan janjinya. Sehingga tiga hari tiga malam nabi menunggunya. Hinggalah pada hari keempat, itupun secara kebetulan,  dia melintasi tempat tersebut dan nabi masih lagi berada di situ. Alangkah kesalnya dia dengan kelupaannya itu tetapi dengan senyuman nabi mengatakan “Janganlah difikirkan sangat, mungkin saya yang bersalah. Saya telah berjanji untuk menunggu tuan di sini sehingga tuan datang. kerana itu saya mesti memenuhi janji saya.”MasyaAllah.

Continue reading

Wanita : Norma versus Agama

Assalamualaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh…

Seindah Perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Benar, tidak diragui sama sekali. Namun, jika kita menyingkap kembali lembaran wanita Islam hari ini, banyak yang perlu kita perbaiki.

Bukanlah penulis mahu menghina mana-mana wanita, tetapi dari kaca mata penulis, wanita hari ini melihat bahawa perbezaan usia membolehkan seseorang menghalalkan sesuatu pergaulan. Antara contohnya, seorang pelajar wanita bertemu dengan seorang pensyarah lelaki secara bersendirian di bilik pensyarah tersebut. Jika hal ini ditegur, alasan bahawa niat cuma ingin belajar itu akan kita terima kembali. Malah ada yang mengatakan hal tersebut tidak mengapa kerana pensyarah tersebut telah lewat usia. Di sinilah silapnya muslimah kita. Di sinilah sang mawar menumpulkan duri yang bertunas pada dirinya.

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih). Continue reading

%d bloggers like this: