Doa

DOA AWAL TAHUN

(dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram)

“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah mucul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat  ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. ”

Ameen.. Kabulkanlah doa kami..

DOA AKHIR TAHUN

(dibaca 3 kali pada akhir Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir Zulhijjah)

“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engaku tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Wahai Tuhan, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu driku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat  ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. ”

Ameen…

DOA RABITAH HATI

Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalan naugan cinta-Mu. Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan. Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya. Terangilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah padam. Ya Rabb, bimbinglah kami. Lapangkanlah dada kami dengan kurnia iman dan indahnya tawakkal pada-Mu. Hidupkanlah dengan makrifat-Mu, matikan dalam syahid di jalan-Mu. Engkaulah pelindung dan pembela.

Ameen..

DOA NABI DAUD MEMOHON CINTA ALLAH

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mendekatkanku kepada cintaMu.Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

(dari doa dalam hadits hasan riwayat at-Tirmidzi)

DOA RASULULLAH SAW

“Ya Tuhanku, aku merayu pada Mu, betapa lemahnya kekuatanku, betapa sedikitnya keupayaanku dan betapa hinanya aku di sisi manusia.. Wahai Tuhan yang memelihara orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau akan serahkanku ? Adakah kepada musuh yang akan mengalahkanku ? Atau kepada orang jauh yang menyambutku dengan wajah yang masam ?

Andainya tiada apa-apa kemarahan-Mu terhadapku, maka tiadalah apa-apa yang menyusahkanku tetapi perlindungan-Mu kepadaku itulah yang lebih selesa kepadaku. Aku berlindung dengan nur wajah-Mu yang menerangi segala kegelapan dan memperbaikki urusan dunia dan Akhirat dari diturunkan kemurkaan-Mu atau ditimpa kemarahan-Mu ke atasku. Kepada-Mu lah taubat dari dosa dan kejahatan hingga Engkau redha dan tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan-Mu “

(Doa dari tafsir fil zilal)

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: