Renovasi dalam berdakwah.

dakwah-org-tua

Saban hari, perkataan jumud atau ‘minda tertutup’ mula terpalit kepada geng-geng dakwah.

“Ini haram.”

“Itu haram.”

Lupakah pada firmanNya supaya menyampaikan dakwah dengan cara yang paling kena dengan sasaran dakwah. Brother rockers perlu cara berbeza untuk memukminkannya, tidak sama dengan berdakwah kepada ustaz-ustaz berserban bersongkok.

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An-Nahl: 125)

Pendekatan “ini haram, itu haram” mungkin berkesan pada sestengah individu dan kelompok. Ya, sesetengah. Kepada sesetengah yang lain, pendekatan ini mungking tidak berkesan, malah berpotensi melarikan sasaran dakwah atau mad’u lebih jauh dari circle biah solehah, memandang golongan pendakwah dan agamawan sebagai golongan aristokrat. Berbeza kasta dengan mad’u marhaen.

Kita lihat hari ini, kelompok kepimpinan negara berada beberapa kasta lebih tinggi daripada rakyat golongan pertengahan, apa lagi jika dibandingkan dengan golongan bawahan.  Sistem kasta yang diwarisi daripada golongan bangsawan terdahulu. Tradisi orang kaya makan mewah, orang miskin makin sisa. Kita tak mahu wabak ini berjangkit kepada golongan agamawan. Golongan agamawan perlu lebih baik, ulama adalah pewaris nabi.

Keterbukaan dalam berdakwah.

Metod yang terbuka atau liberal dalam berdakwah tidak bermakna isinya juga liberal. Fenomena ‘Islam liberal’ dan ‘Muslim liberal’ di luar toleransi kita. Pembawaan konsep kebebasan dalam beragama secara ekstrem yang dibawa oleh golongan ini menajiskan terus istilah liberal. Mereka juga perlu didepani dengan berhemah, tetapi tegas dalam penghujahan.

Liberal dalam metod berdakwah adalah keperluan. Sering menjadi persoalan di kalangan pendakwah-pendakwah kita, “apakah cara terbaik untuk aku berhadapan dengan kelompok ini? apakah cara paling berkesan untuk mengubah mad’u-mad’u ini?”. Di sini, penggalian terhadap metod-metod baru dalam dakwah menjadi keperluan. Laman sosial facebook misalnya, hari ini menjadi senjata dalam peperangan menegakkan al-haq ataupun kebenaran. Meskipun terdapat ‘jumudians’  yang membid’ahkan facebook, tak sedikit yang mempertahankannya. Inilah liberalisme dalam kaedah dakwah, tanpa sengaja kita berada di dalamnya. Metod berdakwah perlu evolusi, sejajar dengan zaman. Metod baru diwujudkan tak bermakna metod lama ditinggalkan. Masuk kandang kambing mengembek, jangan mengaum.

#Jangan keliru antara metod dakwah liberal dan isi dakwah liberal. Jurang besar pendefinisian kedua-duanya.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: