Hadith Palsu yang Masyhur

images

Berikut telah diekstrakkan beberapa hadith palsu yang masyhur dalam kalangan masyarakat dan sebahagian pendakwah daripada buku “100 hadith dha’if dan palsu yang masyhur dalam kalangan masyarakat” oleh Sheikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayish al-Utaibi.

1. Barangsiapa dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan mungkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.  – Albani : Bathil dan tidak sah dari sudut sanan dan matan.

2. Bercakap-cakap dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput.  – Albani : Tidak ada asalnya.

3. Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. – Albani : Tidak sah dari Nabi Muhammad.

4. Dua golongan daripada umatku, apabila baik mereka, baiklah manusia. Iaitu umara’ dan fuqaha’ (Di dalam satu lafaz lain, umara’ dan ulama’). – Albani : Maudhu’.

5. Barangsiapa yang tidur selepas asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah di mencela melainkan kepada dirinya sendiri. -diputuskan palsu oleh Ibnu Al-Jauzi dalam al-Maudhu’aat,  al-Sayuthi dalam al-la’ali al-Masnu’ah & al-Zahabi dalam Tartib al-Maudhu’aat.

6. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup. – Albani : Maudhu’.

7. Ikhtilaf dalam kalangan umatku adalah rahmat. – Albani : Tiada asalnya.

8. Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. – Albani : Maudhu’.

9. Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. – al-Asrar al-Marfu’ah & tazkirah al-Maudhu’aat: Maudhu’.

10. Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. – Ibn Taimiyyah : Tiada isnad yang tsabit.

11. Berkahwinlah dan jangan bercerai. Maka sesungguhnya talak itu menggegarkan Arasy. – Maudhu’.

12. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. – Maudhu’

13. Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. – Maudhu’

14. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. – Maudhu’

15. Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. – Maudhu’

16. Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.  – Tiada asalnya

 

2 responses to this post.

  1. Posted by Anonymous on July 9, 2013 at 11:42 am

    Ya.. hadith palsu tak boleh dijadikan sebagai hujah..tapi boleh dijadikan sebagai ingatan untuk diri kita agar peribadi & akhlak kita bertambah baik..Takda masalah..

    Reply

    • Ya, benar. Melainkn hadith berbentuk kepercayaan dan tauhid. Kerana akidah bersifat rigid. Hadith berbetuk ibadah khusus juga tidak boleh maudhu. Kerana dlm prinsip fiqh, dittekankan bhw asal kpd ibadah adalah hram melainkan ada dalil membenarkan.

      Hadith yang boleh dijadikan amalan tapi bukan hujah adalah lebih tepat merujuk kpd hadith dhaif.
      Tq.

      Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: