Kesalahan lelaki Muslim.

smoking-man

 

1. Memakai gelang dan rantai.

Umumnya, memakai gelang dan rantai bagi lelaki adalah haram kerana dikira menyerupai wanita. Hadis Nabi s.a.w.,

“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yg menyerupai lelaki” – Hadis riwayat al-Bukhari

1.1  Memakai gelang dan rantai untuk tujuan perubatan.

“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” – Hadis Riwayat Imam Ahmad

Walaubagaimanapun, hadis di atas diragui kesahihannya. Terdapat ulama berpendapat, diharuskan bagi kaum lelaki dalam keadaan-keadaan yang tertentu untuk memakai gelang jika terdapat keuzuran yang diiktiraf oleh syara’. Ini diqiyaskan daripada pengharusan syara’ bagi kaum lelaki untuk berinai apabila terdapat keuzuran yang mengharuskannya sepertimana yang dikatakan oleh Imam ar-Ramli Rahimahullah: “Maka haram berinai ke atas keduanya (lelaki dan khuntsa) kecuali kerana ada keuzuran”.

2. Tidak menjaga aurat di hadapan lelaki lain

Rasulullah saw bersabda:

 “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” – (Hadith Riwayat Aththahawi)

Hadith ini jelas membuktikan bahawa sebagaimana aurat lelaki dengan wanita, begitu jualah aurat antara lelaki dengan lelaki lain.

Untuk lebih memahami aurat lelaki, rujuk artikel “Aurat Lelaki, bicara yang diabaikan.

3. Gaya rambut yang keterlaluan

Antaranya, adalah trend tatu rambut yang sering dilakukan golongan muda sekarang(membuat garisan di rambut dengan pelbagai corak dengan cara mencukur)

Dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra yang bermaksud :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).” – (Hadis riwayat Abu Daud)

 Gaya rambut mohawk pula dihukumkan sebagai haram kerana menyerupai penganut agama lain. Hal ini perlu berbalik semula kepada asal-usul kaum yang mengamalkan rambut mohawk ini. Antaranya, bangsa Pawnee yang berpegang dengan animisme.

4. Merokok dan seangkatan dengannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah dan keterangan, sila rujuk SINI. Walaubagaimanapun, terdapat sebaagian ulama yang berpendapat hukum merokok Cuma sekadar makruh, atas alasan kemudaratan yang terhasil tidak bersifat segera, sebaliknya setelah satu jangka masa panjang, barulah berlaku kesan-kesannya.

” Orang yang berzina, dia akan masuk neraka sendirian, tetapi orang yang merokok dia akan menyebabkan orang lain sakit ” – Syeikh Nuruddin Makki Al-Banjari

 

Wallahualam, semoga Allah redha.

5 responses to this post.

  1. nak tanya klw gelang dan rantai tu wlwpun bukan emas ttp xboleh dan dikira haram ke?

    Reply

    • Bagi lelaki, ada dua pengharaman.. Pertama, emas dan sutera diharmkan bg lelaki.. Yg kedua, lelaki dilarang menyerupai perempuan. Atas hujah tidak boleh menyerupai wanita, adalah dilarang lelaki untuk memakai gelang dan rantai sekalipun bukan emas.. Berbeza dengan cincin, dboleh pakai dgn syarat bukan dibuat drpd emas…

      Wallahualam.

      Reply

  2. Posted by aisyaa on July 7, 2013 at 9:17 pm

    boleh tanya, macam mana pulak kalau seorg perempuan itu dia berpakaian biasa2 iaitu tidak feminim,misalny pakai kemeja,jean dan tudung dan watak nya agak kasar misalnya, percakapan nya agak keras,atau kasar macam lelaki,dan dia tidak minat hal2 wanita miaslnya makeup, dan hobiny kearah benda2 lasak misalnya biker/motor…boleh dikatakan dia ni seorg wanita yg pada dasar keras dr segi perckpan, dan pakaian nya tidak cenderung ke wanitaan.. adakah dia tergolong wanita yang menyerupai lelaki?? walaupun dia bertudung.

    Reply

  3. Posted by Anonymous on March 14, 2014 at 8:48 am

    sya nak tanya bukankah tatu rambut juga haram tetapi kenapa masih ada yg ikut trend tersebut?

    Reply

  4. Benda ni xpopular dan tiada pemimpin2 atau ulama yang menekankan berkenaan perkara ini.. xmasyhur dalam kalangan masyarakat..

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: