Archive for March, 2013

Kesalahan lelaki Muslim.

smoking-man

 

1. Memakai gelang dan rantai.

Umumnya, memakai gelang dan rantai bagi lelaki adalah haram kerana dikira menyerupai wanita. Hadis Nabi s.a.w.,

“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yg menyerupai lelaki” – Hadis riwayat al-Bukhari

1.1  Memakai gelang dan rantai untuk tujuan perubatan.

“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” – Hadis Riwayat Imam Ahmad

Walaubagaimanapun, hadis di atas diragui kesahihannya. Terdapat ulama berpendapat, diharuskan bagi kaum lelaki dalam keadaan-keadaan yang tertentu untuk memakai gelang jika terdapat keuzuran yang diiktiraf oleh syara’. Ini diqiyaskan daripada pengharusan syara’ bagi kaum lelaki untuk berinai apabila terdapat keuzuran yang mengharuskannya sepertimana yang dikatakan oleh Imam ar-Ramli Rahimahullah: “Maka haram berinai ke atas keduanya (lelaki dan khuntsa) kecuali kerana ada keuzuran”.

2. Tidak menjaga aurat di hadapan lelaki lain

Rasulullah saw bersabda:

 “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” – (Hadith Riwayat Aththahawi)

Hadith ini jelas membuktikan bahawa sebagaimana aurat lelaki dengan wanita, begitu jualah aurat antara lelaki dengan lelaki lain.

Untuk lebih memahami aurat lelaki, rujuk artikel “Aurat Lelaki, bicara yang diabaikan.

3. Gaya rambut yang keterlaluan

Antaranya, adalah trend tatu rambut yang sering dilakukan golongan muda sekarang(membuat garisan di rambut dengan pelbagai corak dengan cara mencukur)

Dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra yang bermaksud :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).” – (Hadis riwayat Abu Daud)

 Gaya rambut mohawk pula dihukumkan sebagai haram kerana menyerupai penganut agama lain. Hal ini perlu berbalik semula kepada asal-usul kaum yang mengamalkan rambut mohawk ini. Antaranya, bangsa Pawnee yang berpegang dengan animisme.

4. Merokok dan seangkatan dengannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah dan keterangan, sila rujuk SINI. Walaubagaimanapun, terdapat sebaagian ulama yang berpendapat hukum merokok Cuma sekadar makruh, atas alasan kemudaratan yang terhasil tidak bersifat segera, sebaliknya setelah satu jangka masa panjang, barulah berlaku kesan-kesannya.

” Orang yang berzina, dia akan masuk neraka sendirian, tetapi orang yang merokok dia akan menyebabkan orang lain sakit ” – Syeikh Nuruddin Makki Al-Banjari

 

Wallahualam, semoga Allah redha.

Advertisements
%d bloggers like this: