I am MUSLIM?

“Awak tahu tak pasal isu umat Islam di Syria ? “

“Err..tak tahu “
“Palestin? “
“Err.. tahu sikit “
“Rohingya?”
“Err.. tak tahu langsung”
“Bahaya Syiah ? “
“Apa? tak tahu pun Syiah tu bahaya “
“Kristianisasi (murtad) ? “
“Ada ke orang Islam murtad ? “
“Tak da pun” *mata ke atas tangan ke bahu !

Apa agaknya pandangan kita mengenai keadaan umat Islam di Malaysia dan serata dunia ?
1) Islam semakin baik ?
2) Islam semakin lemah tetapi boleh bertahan ?
3) Islam semakin terancam ?
4) Tidak pernah terfikir pun pasal keadaan Islam

Isu umat islam di Syria

Krisis di Syria bagai tiada hentinya. Bermula seawal bulan Mac tahun lepas hingga kini, masih tiada lagi tanda mahu kunjung reda.
Syeikh Samir dengan menegaskan bahawa hal ini menuntut pemerhatian umat Islam yang besar ! Sungguh besar !
“Al Aqsa tidak akan terbebas selagi Syria tidak dibebaskan ! ”Lantang, sungguh lantang suaranya.
“Ramai umat Islam kita tertipu dengan Syiah ! Tertipu ! “
“15% Syiah Nusaibah pimpinan Basyar Assad tegar membunuh, merogol,dan membakar umat Islam Sunni di Syria yang berjumlah 85% ! “
“Lalu, kita masih boleh berkata, mereka adalah hero umat Islam, hero umat Islam ! “
“Mana pergi sensitiviti kita wahai umat Islam ? “
“Revolusi Islam Iran telah berjaya memadamkan mata kita pada kekejaman yang dibuat oleh Hafiz Al Assad pada tahun 1982!”
“Lebih 60 ribu orang Islam dibunuh di bandar Hamra”
“Dunia sunyi sepi ! Tiada yang tahu ! “
“Tiada siapa yang tahu “
“Mana perginya umat Islam ?!”
Sedih. Saya sungguh sedih.
Air mata terasa mahu mengalir deras.
Kenapa aku tidak tahu ?

Kristianisasi

“Tak pe lah, biar depa pi berdakwah”
“Diorang pun mahu sebarkan agama Kristian”
Saudara maaf. Maaf dan sekali lagi maaf dipohon. Toleransi kita perlu ada batasnya!
Anda tahu apa yang sudah jadi pada umat Islam di Indonesia ?
Gereja dibenarkan menggunakan nama “rumah Allah !” Anda tahu apa hasilnya ?
Berbondong-bondong umat Islam di sana telah memeluk agama Kristian !
Ok, stop. Itu keadaan umat Islam di sana. Anda boleh tonton salah satu bahayanya melalui video klip
1)Save Maryam :http://www.youtube.com/watch?v=3DrskbDaw3A
2) Jakarta For Jesus :http://www.youtube.com/watch?v=Sy8wwW75xzE

dan banyak lagi. Statistik menunjukkan umat Islam di Malaysia juga berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Anda tahu kesan pembinaan Geraja terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Bukit Jalil ?Kesannya adalah untuk menyebar luaskan perkembangan agama Kristian di Malaysia.
Takut ? Atau masih mahu bertoleransi lagi ?
Statistik menunjukkan kadar kenaikkan orang yang mengganut agama Kristian berlaku pada kadar 0.3%-0.4% setiap tahun. (sumber)
Dan jangkaan menunjukkan menjelang tahun 2100, jumlah umat Islam di Malaysia akan menyamai jumlah penganut Kristian iaitu 40% . Takutkah kita ? (sumber)
Atau masih mahu bertoleransi lagi. Kita mungkin kata tidak apa sekarang. Tetapi jika perkara ini terjadi pada anak cucu kita ? Atau adik beradik kita sendiri ? Apa kita mahu kata ?
Jika anda mahu rasa bahangnya, anda pergilah belajar di bumi Sunway ini. Baru anda tahu betapa giatnya bahang dakwah mereka !
Jadi apa tindakan kita ?
Imam Hassan Al Banna dalam Majmu’ Rasail menegaskan bahawa ;
“Pertubuhan Ikhwan al Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama.

Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit khas Ikhwan mengingatan orang ramai mengenai ancaman Kristianisasi ini.
Gerakan ini mengugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan kepada kemiskinan dan kesusahan hidup yang melanda untuk menyesatkan orang ramai”
Majmu’ rasail :ms 472

Liberalisme dan Sekularisme
Boleh tak, andai ini menjadi tugasan kita bersama ? Jika kita sayangkan agama ini. Please, please dan please, sila lah google dan klik mengenai ancaman liberalisme dan sekularisme di Malaysia !
Lihat, siapa dalang, siapa tokoh dan siapa yang berselindung di sebaliknya.
Kita mahu menjadi Muslim yang sangat cakna tahap 3.0 !
Adakah sama orang Islam yang berjuang untuk diri sendiri dan berjuang untuk agamanya ?

Sentimen vs Sensitiviti

“Kami kira sampai tiga ! Jika anda tidak mahu keluar ! Kami akan pecahkan tingkap ini ! “
“Satu ! Dua ! Tiga ! Rempuh !!!!!!!!! “
“Allahuakbar !!!!”
Dialog ini masih terngiang-ngiang lagi. Pada ketika itu, umat Islam sedang berkumpul mengadakan rapat umum di hadapan Makhamah tinggi perseketuan membantah isu murtad lina Joy !
Adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
“Kita boikot barangan tenusu dari Denmark !”
“**#^$*# punya manusia ! “

Pada ketika itu isu yang hangat diperkatakan adalah tentang penghinaan karikatur Nabi Muhammad saw oleh sebuah akhbat tempatan Denmark.
Persoalannya adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
Isu Irshad Manji ?
Beratus-ratus ribu gambar diupload di facebook menyatakan bantahan terhadap beliau ?
Namun, adakah itu yang dipanggil sentimen ataupun sensitiviti ?
Dan kini, Isu penghinaan Nabi Muhammad saw.
Ramai umat Islam di Malaysia menzahirkan rasa ketidakpuas hatian mereka itu melalui pelbagai medium.
Rapat umum. Tulisan. Bantahan ke kedutaan.
Namun, adakah itu benar-benar sensitiviti ataupun sentimen ?
Bagaimana pula dengan isu LGBT ?
Gerakkan memurtadkan orang Islam ?
Dan beberapa lagi isu umat Islam yang dilihat tenggelam dek kerana arus politik yang ganas membadai ?

Persoalannya,
Kenapa harus diam !
Konsistenlah !
Haram katakan haram ! Halal katakan halal !
Usah berdiam sirna ,
Diam itu tandanya sentimen ! Bising itu tandanya sensitiviti !
Itulah apa yang masyarakat kita faham !
Mencari dan kembali kepada punca masalah.
Umat Islam akan sentiasa dihina jika mereka berpecah belah dan tiada kesatuan.
Pihak yang satu asyik menjatuhkan yang lagi satu, pihak yang lagi satu pula asyik menjatuhkan yang satu.
Rutin akan kekal menjadi rutin jika tiada kesatuan.
Maaflah, andai Isu melibatkan aqidah umat Islam iaitu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw pun kita gagal untuk bersatu, usah dicakapkan ke arah perpaduan ummat yang lebih besar. Kejayaan Islam yang lebih gemilang.
Usah!

Baru-baru ini saya menonton Discovery Channel. Anda tahu apa yang menariknya ? Mythbuster berjaya merungkai mitos yang mengatakan bahawa gajah sebenarnya takut kepada tikus !
Benar ! Ini buktinya
http://www.youtube.com/watch?v=WpTSA_25wGE

Makanya saya terfikir, keadaan umat Islam sekarang bolehlah dianalogikan seperti seekor gajah yang besar. Tetapi takut pada tikus yang kecil !
Kenapa ?
Fikir-fikirkan sendiri.
Wallahualam.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: