Menyempurnakan agama, meraikan adat.

image

Bismillah.

Lewat waktu ini, adat kerapkali diseterukan dengan agama. Adat dikatakan menghalang agama daripada ditunaikan secara kaffah. Seringkali digambarkan agama itu berbeza dari adat.

Agama. Adat. Apakah ada pertentangan dalam intinya? Apakah elemen-elemennya tidak bersatu?

Agama itu kepercayaan dan pegangan. Adat itu kebiasaan atau peraturan turun-temurun. Kebiasaan itu mengikut keadaan semasa. Terbiasa juga boleh jadi kebiasaan. Kepercayaan juga boleh jadi kebiasaan.

Adat itu juga mampu dijadikan satu elemen agama selagimana tidak bertentangan dengan agama, dengan syarak.

Adat itu, jika bertentangan, maka tugas membentur ada pada mereka yang memahami agama. Membentur tidak sama dengan membendung. Membendung itu lebih kepada menyekat. Membentur datang dengan toleransi. Maka, dengan kefahaman, dijadikan adat itu selari dengan agama.

Sepintas lalu, sebagai contoh, adat meletakkan mahar dan belanja nikah dengan kadar yang tinggi mengikut kelayakan bakal isteri, sehingga membebankan para pengantin. Islam tidak melarang mahar dan belanja yang tinggi, tetapi sekiranya sampai membebankan dan menyebabkan pembaziran, itu sudah bertentangan dengan prinsip Islam.

“Sesunguhnya pemboros-pemboros itu bersaudara dengan syaitan.”

Kesimpulannya, adat itu tidak semuanya bercanggah, tidak pula semuanya seiringan dengan agama. Yang tidak selari, diselarikan. Sesungguhnya Islam itu syumul dan sesuai sepanjang zaman.

Wallahualam.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: