Dunia sebagai ladang akhirat.


بسم الله الرحمن الرحيم

Golongan yang berpegang bahawa dunia adalah ladang akhirat, mereka inilah golongan yang sebenar-benarnya beriman. Mereka menginsafi betapa rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main atau senda-gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?.

Al-An’am 6: Ayat 32.

Atas sebab rendahnya nilai dunia berbanding akhirat, hal-hal dunia sama sekali tidak mampu menyibukkan mereka sehingga lalai daripada akhirat.  Segala perbuatan dan tindakan mereka didasari dengan tujuan dan matlamat Allah menciptakan manusia di muka bumi ini.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri(beribadat) kepadaku.

Adz-Dzariyat 51: Ayat 56.

Orang-orang yang menerima Islam sebagai seluruh hidupnya termasuk perkara-perkara kecil, mereka menganggap dunia inilah tempat berbakti kepada Tuhan dan mendapatkan keredaannya. Dari urusan sebesar memerintah negara sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti berjenaka bersama rakan-rakan, semuanya adalah unutk mencari keredaan Allah.  Seluruh hidup mereka seperti menimba ilmu pengetahuan, perniagaan, rumahtangga, masa mahupun waktu semuanya dicurahkan kepada berbakti untuk Allah.

Kesilapan kita dalam mengejar akhirat.

Sesetengah golongan dalam masyarakat ‘tersalah anggap’ erti mengejar akhirat itu sendiri. Apabila dinisbahakan kepada akhirat, golongan sesetengah ini menganggap bahawa agama adalah urusan berkaitan solat, puasa, zakat semata-mata. Sedangkan kita mengetahui Islam itu suatu agama yang menyeluruh atau syumul, Islam is a lifestyle. Bila dikatakan lifestyle, maka segala urusan dalam kehidupan kita adalah berkaitan dengan Islam. Setia momen dan detik dalam kehidupan kita haruslah bersandarkan Islam,our lifestyle. Menerima Islam atau kembali kepada Islam tidak bererti harus meninggalkan dunia kerana dunia juga adalah jalan untuk menang di akhirat.

Contoh mudah, kesilapan seseorang pelajar yang mengatakan bahawa belajar adalah urusan dunia sahaja. Dengan mengatakan atau bertindak sedemikian, beliau secara tidak langsung telah memberikan imej yang tidak baik kepada dirinya sendiri malah kepada Islam secara tidak sedar. Beliau telah mengasingkan antara dunia dan akhirat. Belajar juga sebenarnya adalah satu urusan akhirat. Dengan bertambahnya ilmuan dalam kalangan Muslim, semakin mudahlah Islam disebarkan. Hal ini kerana, ilmu itu diikuti oleh penghormatan, dan penghormatan itu di belakangnya ada pengaruh. Berbalik kepada perkara akarnya, belajar itu adalah satu urusan akhirat dalam mencari keredhaan Allah. Kecelaruan ini juga terlihat apabila sesetengah orang cuba mengasingkan antara Islam dan politik.

Akhirul kalam, Islam itu didatangkan kepada kita lengkap, tiada cacat celanya. Namun, bersediakah kita untuk memeluk ia secara seluruhnya? Tepuk dada, tanya iman. Kalau iman kata tak boleh, itu ertinya iman anda masih rendah. Kuatkan ia.

Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Al-Baqarah 2: Ayat 208. 

Wallahualam.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: