Rantai perjuangan.

Solidariti untuk Ummat Islam!

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

 

“Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Surah Muhammad ayat 7.

Isu Palestin satu ‘trigger’.

Bertahan dan terus bertahan!

Ulama’ terdahulu melabelkan Palestin sebagai jantung dan hati umat Islam. Jasad yang manakah yang mampu bertahan bila jantungnya disakiti. Disaat itu, pabila dibicarakan isu Palestin, maka bercucuranlah air-air mata umat Muhammad, bumi yang suci ditawan. Bumi yang suci dibaham, bumi yang suci itu dilahap dengan kejam. Dan pada waktu itu juga, segenap umat Islam yang sedar akan tugasnya terus cuba menerkam Palestin untuk mendapatkan ia semula dari tangan Yahudi Laknatullah.

Tapi itu cerita lama. Cerita minggu lepas yang telah berkarat di arked-arked, yang kita katakan ia sejarah, padahal sejarah itu sedang berlaku. Tangan-tangan yang menggigit terus-menerus melaungkan slogan anti-zionis, anti-yahudi. Hinggakan kadang-kadang jadi sukar untuk kita membezakan antara orang yang berjuang dan orang munafik. Tapi ya, kata-kata inilah yang sebenarnya membogkarkan cerita semalam. Walaupun masih ada, para pendengar setia yang masih mampu beradu dengan asyiknya sedang dihadapannya berlaku ketidakadilan. Ini yang menyedarkan umat tentang lumpuhnya Islam pada saat itu, dan ini adalah ‘turning point’ bagi pemuda-pemuda Islam, dari lumpuh, terus berdiri dengan megah!

Abad 21 satu lembaran baru.

Abad 21 telah memulakan rentaknya dengan bergaya. Pada sela masa ini jugalah, roh-roh Islam dibangunkan dari tidur yang panjang. Ya, sangat panjang, semenjak jatuhnya khilafah kita 8 dekad yang lepas. Bangkit ini tidak akan lagi tidur, bangkit ini bersemangat. Hari ini, kita melihat, remaja-remaja, muda-mudilah yang menjadi tonggak kebangkitan Islam di seluruh dunia. Merekalah yang menggerakkan nadi-nadi perjuangan dalam bentuk gerakan ataupun kaedah-kaedah lain dengan satu tujuan, untuk memastikan Islam mendominasi dunia.

Reformis-reformis muda perlu dilahirkan kerana perjuangan suatu ketika dahulu tidak sama dengan perjuangan hari ini. Medannya sudah berbeza. Maka, pasti senjata dan strateginya harus berubah. Perang di laut biru menggunakan trak 3 tan bukanlah sesutu yang bijak. Adalah menjadi tanggungjawab untuk para pejuang untuk memahami fiqh-fiqh secara mendalam sebagai satu usul untuk strategi dan senjata yang bakal digunakan. Di bumi kita ini, kadangnya lisan dan tulisan itu lebih berupaya untuk membinasakan musuh. Di hadapan-hadapan orang-orang berjuang ini telah terhampar seribu satu metod dan kaedah unutuk melebarkan jaring Islam, satu jaring yang tidak bisa ditembus dek musuh. Namun, sulamannya haruslah mantap, disesuaikan dengan tangkapan yang ingin dilakukan.

Jalan sudah ada, cuma tinggal melangkah,

Nabi Muhammad sudah meninggalkan satu cerita panjang tentang perjuangan. Lengkap dengan huraiannya. Yang tinggal untuk kita kerjakan adalah untuk ‘melakukan’. Perlu juga diperhalusi bahawa dalam ‘melakukan’ ini ada dua elemen penting, niat dan istiqamah. Susur jalan yang ditinggalkan hanya tinggal disesuaikan dengan medan-medan di mana kita berjuang. Ingatlah, bahawa tidak sesat orang yang mengikuti dua perkara itu, Al-Quran dan As-Sunnah. Anak muda, masa kegemilangan Islam tergalas di bahu anda, dan ini adalah amanah, tugas para nabi. Perlu ada yang menyambung rantai perjuangan ini, anak muda.

 

Cukuplah Allah sebagai penolong kami.

Written by : loveofislam.wordpress.com. owner.

 

One response to this post.

  1. Posted by love Palestin on May 15, 2012 at 3:07 pm

    Allahuakbar!!

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: