Imam Syafi’i.

Mazhab Syafi’i diasaskan oleh Imam Muhammad Bin Idris Bin al-Abbas Bin Uthman Al-Syafi’i. Moyangnya bernama Hasyim bin Abdul Muthallib bBin Abdul Manaf, membuktikan susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah. Imam Syafi’i lahir pada tahun 150 Hijrah bertepatan dengan hari kewafatan Imam Abu Hanifah. Oleh itu, sangat masyhur ungkapan,

Wafatnya seorang imam, lahir pula seorang imam.

Beliau dilahirkan di Gaza, Palestin dalam keluarga yang kurang berada. Kesederhanaannya membentuk peribadi yang sangat merendah diri. Ketika kecil beliau telah mengikut ibunya berpindah ke Makkah dan pada usia sembilan tahun beliau telah menghafal 30 juz Al-Quran. Manakala pada usia 10 tahun beliau telah berjaya menghafal kitab Muwattha’ karangan Imam Malik. Imam Syafi’i berguru dengan Imam Malik, secara tidak langsung beliau mewarisi pemahaman gurunya. Ketika itu, beliau juga turut berguru dengan Imam Sufyan bin ‘Uyaynah.

Kemudian beliau berhijrah ke Yaman untuk berguru dengan Imam Ibnu Mazin Al-San’ani dan Imam ‘Amru bin Abi Salamah dalam pelbagai ilmu termasuklah perubatan. Pada 184 Hijrah beliau berhijrah pula ke Baghdad untuk berguru dengan Imam Muhammad Bin Al-Hasan Al-Syaibani iaitu murid Imam Abu Hanifah dan beliau juga sangat setia mendampingi Imam Ibnu Usamah Al-Kufi dan Imam Abdul Wahhab Bin Abdul Majid Al-Kufi. Pengajiannya di Iraq berterusan sehingga terbentuknya fatwa lama Imam Syafi’i di sana. Di sampin itu, beliau turut mengumpulkan hadis dan athar hukum (athar: Benda-benda yang Tuhan jadikan dan letakkan kesan padanya) di dalam kitabnya, yang berjudul Musnad Imam Syafi’i. Imam Syafi’i sangat terkenal dalam bidang hadis sehingga kini beliau terkenal dengan gelaran Nasir Al-Sunnah(pendokong sunnah). 300 tahun selepas pemergian beliau, usaha pengumpulan hadis dan fatwa para sahabat dalam mazhab Syafi’i telah diteruskan oleh Imam Baihaqi.

Seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i juga sangat hbat dalam mengutarakan hujah sehingga terdapat riwayat perumpamaan yang seakan-akan sama dengan kehebatan Imam Abu Hanifah. Imam Harun Bin Sa’id berkata,

Jikalau Imam Syafi’i mendakwa tiang batu ini diperbuat daripada kayu, nescaya dakwaannya akan menang.

Imam Abu Bakar Al-Khathab pernah mengarang satu kitab yang mengumpulkan kekuatan hujah Imam Syafi’i. Inisiatif ini diambil kerana ingin membela Imam Syafi’i daripada kata-kata manusia mempunyai hasa dengki terhadapnya serta jahil tentang keadaan ilmunya. Imam Syafi’i menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Rejab tahun 204 Masihi. Terdapat dua riwayat yang menceritakan punca kewafatannya.

Riwayat yang pertama mengatakan bahwa Imam Syafi’i dipukul dengan teruk oleh Fityan sehingga mati. Insiden ini berlaku kerana rasa tidak puas hati Fityan terhadap Imam Syafi’e setelah kalah berhujah. Dalam Riwayat yang lain pula, Imam Syafi’i meninggal kerana penyakit buasir .Penyakit tersebut disebabkan terlalu lama duduk dan kerap menahan dari membuang air ketika berada di dalam majlis ilmu demi menjaga adab serta berasa rugi meninggalkan majlis tersebut.

Imam Ahmad bin Hanbal juga merupakan anak murid kepada  Imam Syafi’i. Bermula dari tanah Hijaz sehinggalah ke Iraq, Imam Ahmad setia mendampingi gurunya itu. Sehinggakan ketika Imam Syafi’i mahu berpindah ke Mesir, hampir-hapir Imam Ahmad mengikutinya.

Imam Ahmad bin Hassan Al-Tirmizi pernah menceritakan,

Sesungguhnya aku telah berjumpa dengan Nabi SAW dalam mimpiku, lantas aku bertanya kepada baginda tentang masalah yang mempunyai ikhtilaf. Lalu baginda berkata, “Sesungguhnya, Syafi’i membawa pandangan dariku dan untukku. “Dalam riwayat lain, baginda berkata, “Dia menghidupkan Sunnahku.”

Imam  Ahmad bin Hanbal apabila diminta pandangannya mengenai Mazhab Syafi’i, beliau menjawab:

Engkau perlu mengambil Mazhab Syafi’i kerana pandangannya yang paling banyak betul dan paling rapat mengikuti athar.

Kenyataan ini adalah satu penghormatan yang sangat besar yang telah diberikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal kepada Mazhab Syafi’i. Hingga kini, Mazhab Syafi’i merupakan mazhab yang kedua ramai pengikutnya di seluruh dunia. mazhab Syafi’i juga mengumpul bilangan Mujtahid Mutlak, Mujtahid Fi Al-Mazhab(Mujtahid yang mengikut Imam-imam mazhab) serta mengumpul tokoh Usuliyyun dan Mutakallimun yang paling ramai berbanding mazhab-mazhab lain.


Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: