Archive for February, 2012

Imam Syafi’i.

Mazhab Syafi’i diasaskan oleh Imam Muhammad Bin Idris Bin al-Abbas Bin Uthman Al-Syafi’i. Moyangnya bernama Hasyim bin Abdul Muthallib bBin Abdul Manaf, membuktikan susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah. Imam Syafi’i lahir pada tahun 150 Hijrah bertepatan dengan hari kewafatan Imam Abu Hanifah. Oleh itu, sangat masyhur ungkapan,

Wafatnya seorang imam, lahir pula seorang imam.

Beliau dilahirkan di Gaza, Palestin dalam keluarga yang kurang berada. Kesederhanaannya membentuk peribadi yang sangat merendah diri. Ketika kecil beliau telah mengikut ibunya berpindah ke Makkah dan pada usia sembilan tahun beliau telah menghafal 30 juz Al-Quran. Manakala pada usia 10 tahun beliau telah berjaya menghafal kitab Muwattha’ karangan Imam Malik. Imam Syafi’i berguru dengan Imam Malik, secara tidak langsung beliau mewarisi pemahaman gurunya. Ketika itu, beliau juga turut berguru dengan Imam Sufyan bin ‘Uyaynah.

Kemudian beliau berhijrah ke Yaman untuk berguru dengan Imam Ibnu Mazin Al-San’ani dan Imam ‘Amru bin Abi Salamah dalam pelbagai ilmu termasuklah perubatan. Pada 184 Hijrah beliau berhijrah pula ke Baghdad untuk berguru dengan Imam Muhammad Bin Al-Hasan Al-Syaibani iaitu murid Imam Abu Hanifah dan beliau juga sangat setia mendampingi Imam Ibnu Usamah Al-Kufi dan Imam Abdul Wahhab Bin Abdul Majid Al-Kufi. Pengajiannya di Iraq berterusan sehingga terbentuknya fatwa lama Imam Syafi’i di sana. Di sampin itu, beliau turut mengumpulkan hadis dan athar hukum (athar: Benda-benda yang Tuhan jadikan dan letakkan kesan padanya) di dalam kitabnya, yang berjudul Musnad Imam Syafi’i. Imam Syafi’i sangat terkenal dalam bidang hadis sehingga kini beliau terkenal dengan gelaran Nasir Al-Sunnah(pendokong sunnah). 300 tahun selepas pemergian beliau, usaha pengumpulan hadis dan fatwa para sahabat dalam mazhab Syafi’i telah diteruskan oleh Imam Baihaqi.

Continue reading

Senjata Mukmin

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina. (Surah al-Mu’min:60)

Syarat Berdoa

  1. Seikhlas hati
  2. Bersih daripada noda dan dosa termasuk makanan yang halal
  3. Dengan penuh kesungguhan hati
  4. Bersangka baik dengan Allah, yakin doa akan diperkenankanNya
  5. Tidak berputus asa dan istiqamah
  6. Jangan berdoa sesuatu yang tidak munasabah umpama mengharap duit jatuh dari langit


Adab Berdoa

  1. Bertaubat dan beristighfar dahulu sebelum berdoa
  2. Mulakan doa dengan memuji nama Allah
  3. Mengadap kiblat
  4. Menadah tangan
  5. Berdoa dengan suara lembut
  6. Susun kalimah doa dengan kata sederhana.(digalakkan berdoa dengan kalimah yang digunakan oleh Rasulullah)
  7. Mengulang sebut doa yang dihajatkan(minima 3 kali) tanpa rasa jemu
  8. Akhiri doa dengan bacaan selawar kepada junjungan Nabi Muhammad SAW

Continue reading

%d bloggers like this: