Archive for January, 2012

Perjalanan mencari Tuhan.

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya.
Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar, yakni Salman Al Farisy  Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya, seorang sahabat Rasulullah saw.

Dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri.

Kata Salman, “Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari  Jayyan. Bapaku seorang pemimpin. Orang paling kaya dan berpangkat tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayanginya sejak lahir. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis. Aku mengabdikan diriku kepada Agama Majusi (yang dianut bapa dan bangsaku). Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut tidak padam dan sentiasa menyala.
Bapaku memiliki kebun yang luas dengan hasil yang banyak dan oleh sebab itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting.

Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Aku sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan aku.

Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku.

Continue reading

%d bloggers like this: