Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part III

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part I.

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part II.

3. Nubuwwah Muhammad.

Jika sebelum kerasulannya Muhammad sudah terkenal sebagi seorang yang benar, setelah kerasulannya, ‘Nubuwwah’ itu sendiri menguatkan risalahnya. ‘Nubuwwah ‘ bererti berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan tentang masa depan dan ketepatannya.

“Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib, Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhaiNya”

Al-Jin:26:27

Antara contoh-contoh Nubuwwah tersebut adalah mengenai Byzantine. Acapkali apabila musyrikin menentang Muslimin di Makkah, mereka mengatakan bangsa Rom yang memiliki injil telah dikalahkan oleh bangsa Parsi yang beragama majusi, dan sedemikian jugalah kaum Muslimin akan dikalahkan oleh mereka. Dari peristiwa itu turunlah ayat 2 hingga 4 Surah ar-Rum,

“Telah dikalahkan kerajaan Rom, dan mereka setelah dikalahkan itu menang dalam beberapa bidh’i lagi”

Alangkah tepatnya ayat Al-Quran ini, tujuh tahun kemudian Rom kembali menewaskan Parsi. Yang dimaksudkan dengan bidh’i itu ialah antara 3 hingga 9 tahun.

Sewaktu berlakunya peristiwa pemboikotan terhadap Bani Hashim, Rasulullah memberitahu pakciknya, Abu Talib, bahawa surat perjanjian antara pemimpin-pemimpin Quraisy yang mereka gantungkan di Kaabah telah dimakan anai-anai kecuali nama Allah. Lalulah keluarlah Abu Talib mengajak para pembesar itu pergi memeriksa. Katanya, “Anak saudaraku ini tidak pernah berdusta, kalau dia betul, hendaklah kalian berhenti daripada memboikot kami. Tetapi kalau dia berdusta, aku akan serahkannya kepada kamu untuk dibunuh”. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bahawa kata-kata Muhammad itu adalah tepat. Mustahil Muhammad dapat mengetahui kerana surat itu diletakkan di pintu Kaabah di tempat yang tersembunyi dan berkunci, sedang kuncinya dipegang oleh kaum Quraisy sendiri.

Ketika berlakunya perang Mu’tah di Syam, Nabi yang berada di Madinah dengan linangan air mata bersabda,

“Zaid memegang panji kemudian gugur. Panji itu diambil oleh Jaafar dan iapun gugur, panji itu diambil oleh ibnu Rawahah ia pun gugur. Akhirnya panji itu diambil oleh “pedang Allah” (Khalid bin Walid) dan akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka (kaum Muslimin)”.

Dalam suatu hadis Rasulullah saw. bersabda:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Hadis ini menjadi satu cabaran kepada para sahabat ketika itu kerana Konstantinopel bukanlah sebuah kota biasa. Ia kota yang terkenal keteguhannya dan kehebatannya. Umat Islam berlumba-lumba untuk membebaskan Konstantinopel bagi mendapatkan penghormatan sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. seperti yang disebut di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Antaranya, 5 kempen ketika zaman Umayyah, 1 di zaman Abbasiyah dan 2 di zaman Kerajaan Uthmaniyah. Akhirnya, setelah hampir 800 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah ketujuh Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 anggota tenteranya.

Demikianlah sekelumit daripada Nubuwwah Muhammad. Kebenaran demi kebenaran yang diberitakannya terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan, dari manakah Muhammad mengetahui semua itu? Andainya dia bukan Rasulullah, bolehkah dia mengetahuinya?

Wallahualam..

rujukan:

  • Sejarah dan Pemikiran Islam: Abdul Rahman Haji Abdullah, B.A Hons (USM), Cert. Ed. (MPSI).

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: