Khutbah Rasulullah mengenai Dajjal.

Ibnu Majah memberitahu, mereka dimaklumkan oleh Ali bin Muhammad yang mendapat berita ini daripda orang lain iaitu Abdurrahman al-Muharibi, Ismail bin Rafi bin Abu Rafi, Abu Zarah asy-Syaibani Yahya bin Abu Amr, dan Abu Umamah al-Bahili. Katanya, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah kepada mereka dan itu merupakan khutbah beliau yang paling panjang mengenai Dajjal. Rasulullah memperingatkan mereka mengenai bahaya Dajjal. Antara kandungan khutbah baginda ialah:

“Tidak ada cubaan di dunia ini yang lebih besar dari cubaan Dajjal, sejak Allah menciptakan keturunan Adam. Setiap nabi yang Allah utus pasti akan memperingatkan umatnya mengenai Dajjal. Aku adalah penutup para nabi, dan kamu semua adalah umat terakhir. Dajjal pasti akan muncul dari kalangan kamu. Dia akan muncul secara tiba-tiba. Aku menjadi pembela setiap orang Islam dengan hujahku. Apabila Dajjal itu muncul selepas ketiadaanku, setiap orang menjadi pembela dirinya dengan hujahnya sendiri.

Sekiranya Dajjal keluar dari tempat yang sepi di antara Syam dan Iraq, dia akan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Wahai hamba-hamba Allah, kuatkan hati kamu, kerana aku akan menggambarkan sifat-sifatnya kepada kalian. Sifat-sifat ini tidak pernah digambarkan oleh mana-mana nabi sebelum aku.

Dajjal akan memulakan ucapannya dengan berkata, ‘Saya adalah seorang nabi dan tidak ada nabi selepas saya’. Kemudian dia akan memuji dan berkata lagi, ‘Aku adalah tuhan kamu. Kalian tidak akan dapat melihat tuhan kamu sebelum kamu mati.’

Dajjal ini buta sebelah matanya, sedangkan Tuhan kamu tidak buta matanya. Di antara dua matanya tertulis perkataan kafir yang dapat dibaca oleh stipa orang yang beriman, sama ada yang tahu menulis ataupun tidak.

Antara percubaannya untuk memperdayakan manusia ialah dengan membawa syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, syurganya adalah neraka yang sebenar. Sesiapa diancam cubaan dengn nerakanya, dia perlu memohon pertolongan Allah. Dia juga perlu membaca permulaan surah al-Kahfi, sehingga neraka ini berubah menjadi dingin dan selamat baginya. Ini sebagaimana yang dialami oleh Nabi Ibrahim.

Antara cubaannya lagi, dia menyatakan kepada seorang Arab Badwi, ‘Bagaimana sekiranya saya dapat membangunkan ayah dan ibumu yang sudah mati, apakah kamu mahu bersaksi bahawa saya sebagai tuhan kamu.’ Badwi itu menjawab, ‘Ya.’ Lalu Dajjal menggambarkan dua ekor syaitan menyerupai ayah dan ibunya. Kedua-duanya berkata, ‘Wahai anakku, ikut dia, kerana dia adalah tuhanmu.’

Antara cubannya, dia menangkap seorang manusia, lalu membunuhnya. Dia membelah manusia itu dengan gergaji sehingga tubunhnya terbelah menjadi dua bahagian. Kemudian Dajjal berkata, ‘Lihat hambaku ini, kerana saya akan membangkitkannya sekarang juga. Dia mengaku mempunyai Tuhan lain selain saya.’

Lalu Allah membangkitkannya, dan Dajjal yang buruk bertanya, ‘Siapa tuhan kamu?’ Dia menjawab, ‘Tuhanku adalah Allah. Kamu adalah musuh Allah dan kamu adalah Dajjal. Demi Allah, hari ini saya berasa sesuatu yang lebih sukar pada diriku setelah mengetahui siap dirimu.’ “

Rasulullah berkata, ” Orang ini memiliki darjat paling tinggi dari umatku di syurga.”

“Antara cubaan Dajjal lagi, dia memerintahkan langit menurukan hujan, lalu hujan pun turun dari langit. Dia memerintahkan bumi untuk menubuhkan tanaman, sehingga haiwan ternakan kembali pada waktu petang dalam keadaan lebih gemuk dari sebelumnya dan lebih besar kantung susunya. Dajjal akan menjelajah seluruh dunia kecuali Makkah dan Madinah. Dajjal tidak dapat pergi ke Makkah dan Madinah melalui celah-celah gunung kerana pasti bertemu dengan para malaikat yang menghunus pedang, sehingga dia turun dari gunung yang bertanah merah. Madinah bergoncang sebanyak tiga kali berserta dengan penduduknya sehingga tidak meninggalkan walau seorang pun munafik, sama ada yang lelaki ataupun perempuan sehingga mereka keluar dari sana. Segala yang kotor akan hilang darinya seperti tungku api yang menghilangkan karat besi. Hari tersebut disebut sebagai yaum al-Khalas.”

Ummu Syarik binti Abu Akri bertanya, “Wahai Rasulullah, di mana orang Arab pada masa itu?”

Rasulullah menjawab, “Ketika itu jumlah mereka sangat sedikit. Kebanyakan mereka berada di Baitul Maqdis. Ketika Imam mereka mara ke hadapan bagi solat subuh bersama mereka, tiba-tiba turun Isa Putera Maryam juga bagi solat subuh. Secara spontan Imam itu berundur semula ke belakang bagi memberikan tempat kepada Isa Putera Maryam maju menjadi Imam kepada manusia ketika itu. Nabi Isa meletakkan tangan pada bahu imam ini dan berkata, ‘Maju kehadapan dan tunaikan solat, kerana tempat itu didirikan bagi kamu.’ Lalu imam itu pun bersolat bersama mereka. Selepas selesai solat, Nabi Isa berkata, ‘Bukakan pintu.’ Apabila pintu dibuka, disebaliknya terdapat Dajjal bersama tujuh puluh ribu Yahudi yang membawa pedang dan memakai jubah hijau.

Sekiranya Dajjal membeliakkan matanya ke arah sesiapa di antara mereka, ia akan larut sebagaimana larutnya garam di dalam air, lalu ia lari darinya. Nabi Isa berkata, ‘Aku akan memukul kamu dan kamu tidak akan dapat mengalahkan aku.’ Nabi Isa bertembung dengan Dajjal di pintu sebelah timur lalu membunuhnya.

“Allah mengalahkan orang Yahudi. Tidak ada sebarang benda yang diciptakan Allah dapat menjadi tempat persembunyian orang Yahudi. Ini kerana Allah menjadikan mereka boleh bercakap, sama ada batu, pokok, dinding, dan binatang ternak, kecuali pohon gharqadah kerana ia adalah pokok milih Yahudi. Semua benda ini berkata, ‘Wahai hamba Allah yang beriman, ada orang Yahudi di sini, datang kemari dan bunuh dia.’ “

Rasulullah berkata lagi, “Masa hidupnya adalah selama empat puluh hari. Setahun seperti setengah tahun, setengah tahun seperti sebulan. Sebulan adalah seperti hari Jumaat, dan hari terakhirnya adalah seperi satu kejahatan. Salah seorang daripada kamu akan berada di pintu gerbang Madinah. Dia tidak mencapai pintu gerbang yang lain sehingga tiba waktu petang.

Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaiman kita bersolat pada hari yang singkat itu?”

Rasulullah menjawab, “Kamu dapat solat pada hari itu sebagaimana kamu melakukannya pada hari-hari yang panjang. Kemudian mereka bersolat.”

Rasulullah meneruskan khutbahnya, “Nabi Isa berada di dalam umatku sebagai seorang hakim dan pemimpin yang adil, menghancurkan salib dan membunuh semua khinzir, tidak ada pembayaran jizyah, sedekah tidak diambil, tidak ada yang berusaha mengurus kambing atau unta, tidak ada permusuhan dan kebencian, racun dihilangkan daripada semua benda beracun, sehingga anak kecil dapat memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tanpa membahayakannya. Singa tidak lagi berbahaya, serigala berada di tengah kumpulan kembing biri-biri seperti anjing pengembala. Seluruh dunia dipenuhi kedamaian sebagaimana bejana yang diisi air sehingga penuh, tidak ada yang disembah melainkan Allah, tiada peperangan dan kekacauan. Orang Quraisy mengambil alih kuasa, bumi seperti meja bundar daripada perak, pepohonnya tumbuh semenjak Adam. orang ramai berkumpul di kebun anggur lalu makan sehingga kenyang. Ada yang berkumpul di kebun buah delima, mereka makan sehingga kenyang. Lembu jantan dibeli dengan harga yang mahal, sedangkan kuda dibeli dengan harga yang murah.”

Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat kuda menjadi murah?”

Baginda menjawab, “Kerana ia tidak dinaiki untuk perang.”

Ada yang bertanya, “Apa yang membuat lembu menjadi mahal?”

Baginda menjawab, “Kerana ia digunakan bagi membajak tanah. Sebelum kedatangan Dajjal, tiga tahun merupakan masa yang sulit, sehingga manusia dilanda kelaparan yang parah. Pada tahun pertama, Allah memerintahkan langit menahan sepertiga hujannya dan memerintahkan bumi menahan sepertiga tanamannya. Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit menahan dua pertiga hujannya dan memerintahkan bumi menhan dua pertiga tanamannya.

Pada tahun ketiga, Allah memerintahkan langit menahn semua hujannya, tiada setitis airpun yang turun, dan memerinthakan bumi menhan semua tanamannya, sehingga tidak ada satu pun pohon yang tumbuh. Semua tanaman mati kecuali menurut kehendak Allah.”

Ada yang bertanya, “Adakah manusia dapat hidup pada masa itu?”

Rasulullah menjawab, “Dengan tahlil, takbir, tasbih dan tahmid, maka datang makanan kepada mereka.”

(Diriwayatkan Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah ditanya para sahabat selama manakah Dajjal tinggal di bumi, Rasulullah menjawab, “Empat puluh hari. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu dan seluruh hari-harinya seperti hari kalian”.

(Direkodkan Muslim, At-Tirmizi dan Abu Daud)

Rujukan : Khutbah Rasulullah, Rohidzir Rais, PTS ISLAMIKA SDN BHD.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: