Archive for October, 2011

Syair perjuangan – Abdullah bin al-Mubarak.

Wahai para ahli ibadah di al-Haramain kalau kamu menyaksikan kami,

Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya kamu bermain-main dalam ibadah.

Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras,

Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras.

Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara yang batil,

Maka sesungguhnya kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan dipagi hari.

Bau wangi-wangian menjadi milikmu,

Sedangkan bau wangi-wangian kami, adalah dari debu-debu jalanan dan debu-debu itu lebih wangi.

 

Telah datang kepada kami sabda Nabi kami.

Sabda yang benar, jujur dan tidak bohong.

Tidak sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap api yang menyala-nyala.

Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami.

Bahawa orang yang mati syahid tidak diragukan lagi, tidak sama dengan orang yang mati biasa.

 

Dibacakan Abdullah bin al-Mubarak kepada Muhammad bin Ibrahim bin Abu Sukainah dan al-Fudhail bin ‘Iyadh pada tahun 170 hijrah.

Khutbah Rasulullah mengenai Dajjal.

Ibnu Majah memberitahu, mereka dimaklumkan oleh Ali bin Muhammad yang mendapat berita ini daripda orang lain iaitu Abdurrahman al-Muharibi, Ismail bin Rafi bin Abu Rafi, Abu Zarah asy-Syaibani Yahya bin Abu Amr, dan Abu Umamah al-Bahili. Katanya, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah kepada mereka dan itu merupakan khutbah beliau yang paling panjang mengenai Dajjal. Rasulullah memperingatkan mereka mengenai bahaya Dajjal. Antara kandungan khutbah baginda ialah:

“Tidak ada cubaan di dunia ini yang lebih besar dari cubaan Dajjal, sejak Allah menciptakan keturunan Adam. Setiap nabi yang Allah utus pasti akan memperingatkan umatnya mengenai Dajjal. Aku adalah penutup para nabi, dan kamu semua adalah umat terakhir. Dajjal pasti akan muncul dari kalangan kamu. Dia akan muncul secara tiba-tiba. Aku menjadi pembela setiap orang Islam dengan hujahku. Apabila Dajjal itu muncul selepas ketiadaanku, setiap orang menjadi pembela dirinya dengan hujahnya sendiri.

Sekiranya Dajjal keluar dari tempat yang sepi di antara Syam dan Iraq, dia akan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Wahai hamba-hamba Allah, kuatkan hati kamu, kerana aku akan menggambarkan sifat-sifatnya kepada kalian. Sifat-sifat ini tidak pernah digambarkan oleh mana-mana nabi sebelum aku.

Dajjal akan memulakan ucapannya dengan berkata, ‘Saya adalah seorang nabi dan tidak ada nabi selepas saya’. Kemudian dia akan memuji dan berkata lagi, ‘Aku adalah tuhan kamu. Kalian tidak akan dapat melihat tuhan kamu sebelum kamu mati.’

Continue reading

%d bloggers like this: