Hari perginya RasuluLlah.

Bertepatan dengan hari Isnin, di mana Rasulullah berada dalam genggaman Allah (keadaan kritis), maka ia pun keluar menuju orang-orang, ketika itu mereka sedang melaksanakan solat subuh. Maka RasuluLlah pun mengangkat kain pembatas (tabir antara rumah baginda dengan masjid), kemudian ia membuka pintu, lalu keluarlah RasuluLlah, beliau berdiri pada pintu rumah Aisyah. Hampir seluruh kaum Muslimin menghentikan solat mereka dan melihat kepada baginda. Ketika mereka melihatnya, mereka berasa sangat gembira.

Kemudian, mereka memberikan tempat yang lapang kepada RasuluLlah, lalu RasuluLlah memberikan isyarat kepada mereka untuk tetap dalam solat; ia berkata “Tersenyumlah RasuluLlah dengan bangga apabila baginda melihat keadaan mereka (kaum muslimin) ketika mereka bersolat, sungguh aku belum pernah melihat keadaan (kesihatan RasuluLlah) yang lebih baik daripada waktu itu, kemudian ia berkata: “Lalu kembalilah RasuluLlah ke biliknya  dan bersurailah kaum muslimin setelah mereka mengetahui bahawa Rasulullah telah sembuh dari sakitnya. Maka, Abu Bakar pun kembali kepada keluarganya dengan gembira.

Diriwayatkan  dari Aisyah r.a., ia berkata: “RasuluLlah kembali kepadaku hari di mana ia masuk masjid, kemudian ia berbaring di bilikku, lalu masuklah seorang pemuda dari keluarga Abu Bakar dengan siwak berwarna di tangannya. Aisyah berkata: “kemudian RasuluLlah melihat apa yang ada di tangan pemuda itu dengan pandangan yang membuat aku tahu bahawa ia menginginkan siwak tersebut.”Kata Aisyah : “Kemudian aku berkata : “Wahai RasuluLlah, adakah engkau meningingkan siwak ini?” RasuluLlah berkata: “Ya, aku menginginkannya.” Aisyah berkata: ” Kemudian kuambil siwak itu dan kukunyah hujungnya hingga lembut, lalu aku berikan kepada RasuluLlah.”

Berkata Aisyah: “Maka  RasuluLlah pun menggosok giginya bagaikan singa dan aku belum pernah melihat beliau menggosok gigi seperti itu  sebelumnya. Lalu aku mendapat RasuluLlah telah terbaring di bilikku, kemudian aku lihat pada wajahnya, sedang matanya sudah mulai memutih, lalu RasuluLlah berkata: ” Allahumma Rafiqul A’la “, kata Aisyah, maka kau berkata: “Engkau telah diberikan satu pilihan dan engkau telah menentukan suatu pilihan yang benar.” Berkata Aisyah: ” Lalu Allah pun mengambil nyawa RasuluLlah.

Al-Bukhari membawakan riwayat daripada Aisyah r.a. yang membawa lafaz ‘Allahumma Rafiqal A’laa” Seperti di bawah;

أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ صَحِيحٌ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخَيَّرَ فَلَمَّا نَزَلَ بِهِ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِي غُشِيَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى فَقُلْتُ إِذًا لَا يَخْتَارُنَا وَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَدِيثُ الَّذِي كَانَ يُحَدِّثُنَا وَهُوَ صَحِيحٌ قَالَتْ فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الْأَعْلَى

[Aisyah] berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika beliau masih sehat: “Tidaklah seorang nabi diambil nyawanya, hingga di perlihatkan terlebih dahulu tempat duduknya di syurga. Lalu disuruh memilihnya.” Tatkala beliau sakit dan ajal menjemputnya, yang pada waktu itu kepala beliau berada di paha Aisyah, beliau pengsan. Setelah beliau sedar, beliau mengalihkan pandangannya ke atap rumah kemudian bersabda: “Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi.” Aku berkata; ‘kalau begitu beliau tidak akan bersama kita. Maka aku pun mengerti bahwa ucapanya itu adalah perkataan yang pernah beliau sampaikan kepada kami ketika beliau masih sihat.’

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a. : RasuluLlah meninggal antara pagi dan siang serta ketika baginda berada di pangkuanku, aku tidak menzalimi seorangpun, dalam usiaku yang masih muda, RasuluLlah dipanggil Allah ketika baginda berada di bilikku, kemudian aku meletakkan kepalanya di atas bantal, dan berkumpul dengan para isteri Nabi dan memukul wajahku (seakan-akan tidak percaya dengan apa yang terjadi).

Sumber : As-Sirah An-Nabawiyah karangan Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi.

Kenali Syeikh Mutawalli.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: