Archive for September, 2011

Aurat Lelaki, bicara yang diabaikan.

 

Apakah batasan aurat lelaki?

Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).
Continue reading

Hari perginya RasuluLlah.

Bertepatan dengan hari Isnin, di mana Rasulullah berada dalam genggaman Allah (keadaan kritis), maka ia pun keluar menuju orang-orang, ketika itu mereka sedang melaksanakan solat subuh. Maka RasuluLlah pun mengangkat kain pembatas (tabir antara rumah baginda dengan masjid), kemudian ia membuka pintu, lalu keluarlah RasuluLlah, beliau berdiri pada pintu rumah Aisyah. Hampir seluruh kaum Muslimin menghentikan solat mereka dan melihat kepada baginda. Ketika mereka melihatnya, mereka berasa sangat gembira.

Kemudian, mereka memberikan tempat yang lapang kepada RasuluLlah, lalu RasuluLlah memberikan isyarat kepada mereka untuk tetap dalam solat; ia berkata “Tersenyumlah RasuluLlah dengan bangga apabila baginda melihat keadaan mereka (kaum muslimin) ketika mereka bersolat, sungguh aku belum pernah melihat keadaan (kesihatan RasuluLlah) yang lebih baik daripada waktu itu, kemudian ia berkata: “Lalu kembalilah RasuluLlah ke biliknya  dan bersurailah kaum muslimin setelah mereka mengetahui bahawa Rasulullah telah sembuh dari sakitnya. Maka, Abu Bakar pun kembali kepada keluarganya dengan gembira.

Diriwayatkan  dari Aisyah r.a., ia berkata: “RasuluLlah kembali kepadaku hari di mana ia masuk masjid, kemudian ia berbaring di bilikku, lalu masuklah seorang pemuda dari keluarga Abu Bakar dengan siwak berwarna di tangannya. Aisyah berkata: “kemudian RasuluLlah melihat apa yang ada di tangan pemuda itu dengan pandangan yang membuat aku tahu bahawa ia menginginkan siwak tersebut.”Kata Aisyah : “Kemudian aku berkata : “Wahai RasuluLlah, adakah engkau meningingkan siwak ini?” RasuluLlah berkata: “Ya, aku menginginkannya.” Aisyah berkata: ” Kemudian kuambil siwak itu dan kukunyah hujungnya hingga lembut, lalu aku berikan kepada RasuluLlah.”

Continue reading

%d bloggers like this: