Ciri-ciri ISLAM

  • Rabbaniyyah

membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt.

  • Syumuliyyah

ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara. cara hidup islam juga memenuhi segala kepentingan manusia samada dalam bentuk daruriyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat.

*daruriyat : tidak boleh hidup tanpanya.

*hajiyyat : hidup sukar tanpanya.

*tahsiniyyat : fungsinya mencantikkan.

  • Alamiyyah (universal)

sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah SAW atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat. maka syariat Islam mampu menjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit dan keturunan serta segala keperluan mereka sepanjang zaman dan tempat.

  • Waqieyyah (praktikal)

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada. Dalam kontek ini seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statik tetapi sebaliknya praktis.

  • Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.  Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka,  serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.

  • Thabat dan Murunah (tetap dan anjal)

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya.tuntutan dan peraturan  Islam adalah tetap kepada sesiapa pun dan sehingga hari  akhirat. Islam menentukan kewajipan yang sama walau di  mana manusia berada dan ketetapan itu boleh menjadi  fleksibel dalam keadaan-keadaan yang tertentu dengan tujuan  tidak menyusahkan penganutnya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

wallahualam..

5 responses to this post.

  1. Posted by boss on January 5, 2013 at 10:39 pm

    Salam wrbt

    apa rujukan?

    Reply

  2. Posted by Anonymous on March 31, 2013 at 11:34 pm

    assalam, boleh bagi rujukan?

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: