Bacalah jika kalian pemuda Islam. renung.

Jahiliah hari ini lebih gelap dari semalam. Melihat dari satu sudut, dapat aku simpulkan umat Islam hari ini telah jauh dari Islamnya.Islam pada penglihatanku hari ini cuma pada nama. Saban waktu, syariat dan risalah yang dibawa junjungan semakin di abaikan.

Kata orang, jika ingin melihat masa depan sesuatu bangsa itu, lihatlah pada pemudanya. Untuk sejenak, cuba kita lihat, kita fikir tentang keadaan sekeliling kita. Apakah Islam itu dibawa selari dengan peredaran zaman? atau adakah zaman itu terlalu pantas meninggalkan ad-Dinul Haq di belakang? Remaja kita hari ini sudah jauh dari Islam. Mungkin ramai yang tidak sedar, kita sebenarnya sedang tewas dalam sebuah peperangan, peperangan ideologi.

Ya Khalifah,

Saat ini ideologi Barat merajai kita. Para selebriti, artis diagungkan, ulama entah berapa ramai yang kenal. Hari ini, kita kerapkali disogokkan orang yang belajar agama, orang yang belajar di sekolah-sekolah pondok tidak akan pernah menjadi seorang yang hebat. Dan kerana itulah, sesetengah negara dikuasai pemeritahan orang-orang yang kufur. Dan kerana itulah juga, Islam bukan lagi teras bagi pemerintahan negara. Maka kita tanya diri kita, Islamkah negara yang terasnya bukan Islam? dan Islamkah negara yang perundangan paling tinnginya bukan undang-undang Syariah? Tepuk dada, tanya minda.

Muslimin Muslimat,

Pada hari ini aku melihat ‘menghampiri zina’ malah zina itu dihalalkan, arak dijual di kedai-kedai runcit. Salah siapa? Salah siapa pemuda Islam hari ini lumpuh?   Dari mataku yang memandang, aku melihat pemuda-pemuda Islam itu menyarung pakaian pembela agama. Kata mereka, kamilah yang akan mempertahankan Islam, bangsa kami, dan tanah tumpah darah kami. Benarkah? Sedang di jari mereka terselit rokok, ciptaan ulung yahudi, Sedang di fikiran mereka ada wajah teman bernama kekasih. Sedang yang dirindu itu mainan dunia, bukan syahid yang layak dirindu.

Dan hari ini aku bercerita pada kalian pemuda-pemuda Islam. Hari ini Islam terhina. Hari ini mereka mengetepikan Tuhan kita. Hari ini mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan. Sedang pemimpin-pemimpin semakin kaya, walhal mereka cuma hamba, rakyat adalah tuannya. Jika kalian meragukan hujahku dengan mengatakan mereka layak menerima apa yang mereka terima selari dengan pekerjaan mereka, sorotilah lembaran sejarah. Sirah Muhammad s.a.w., baginda juga seorang pemimpin. Kisah 4 Khalifah, mereka juga pemimpin. Hidup mewahkah mereka?

Aku pohon, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Aku tidak minta kalian membenci pemimpin sekarang. Aku cuma minta, sekurang-kurangnya, di zaman kita, saat generasi kita memimpin, buktikanlah Islam masih mampu bersinar. Satukanlah mereka-mereka yang berseteru. Padukanlah. Kembalikanlah hak Allah.

:-say yes to Islam rulings.

:-say no to couple before kawen.

:-say no to rokok since it destroy Islam from inside.

:-say no to alcohol.

:-say no to buka aurat. including balut tubuh ek. pakai longgar2 sket.

 Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”

04:10 a.m. 15 april 2011.

aisyahaswad.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: