Merendah diri untuk Meninggi..

Kita tetap harus merendah diri meskipun pada saat sedang berhadapan dengan pelaku dosa besar. Kita tidak boleh berasa diri lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebab kita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akn bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn al-khatimah(kesudahan yang baik). Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilakukannya itu, nauzubillah. Sebaik-baik manusia boleh menjadi buruk, dan seburuk-buruk manusia boleh menjadi baik.

Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(Riwayat al-Tarmizi no.2693)

Sebenarnya berasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat kelak. Jika tidak segera diubati, penyakit hati ini akan membawa kepada pelbagai kerugian dan kerosakan yang lebih berat daripada yang diakibatkan dosa-dosa zahir.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam Fath al-Bari 11/401 bahawa Hafs bin Humaid bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak :

“Aku melihat sessorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya? ”

Ibn al-Mubarak berkata :

” Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu.”

Wallahu a’lam..

Renung-renungkan dan muhasabah diri..

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: