Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part II

brothers.

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part 1. 

2. Muhammad sebagai As-Sadiq Al-Amin.

Sesungguhnya aku telah tinggal bersama kamu beberapa lama sebelumnya (Sebelum Al-Quran diturunkan).Apakah kamu tidak memikirnya? – Yunus : 16.

Jika di Part I, Taurat dan Injil telah meramal kedatangan baginda nabi Muhammad s.a.w., maka dengan itu kebenarannya sebagai Rasulullah tidak dapat dinafikan lagi. Pengakuan tentang kebenaran baginda tidak lain tidak dak bukan adalah kerana peribadinya, kerana sirah perjalanan hidupnya. Sebelum diutuskan sebagai nabi lagi, baginda telah terkenal sebagai As-Sadiq Al-Amin yakni orang yang benar lagi dipercayai.

Pernah suatu ketika, Abdullah bin Abil-Huma’ seorang rakan perniagaannya, berjanji untuk menemuinya di suatu tempat, tetapi dia sendiri telah terlupa akan janjinya. Sehingga tiga hari tiga malam nabi menunggunya. Hinggalah pada hari keempat, itupun secara kebetulan,  dia melintasi tempat tersebut dan nabi masih lagi berada di situ. Alangkah kesalnya dia dengan kelupaannya itu tetapi dengan senyuman nabi mengatakan “Janganlah difikirkan sangat, mungkin saya yang bersalah. Saya telah berjanji untuk menunggu tuan di sini sehingga tuan datang. kerana itu saya mesti memenuhi janji saya.”MasyaAllah.

Begitu juga apabila berlaku perselisihan antara suku-suku Quraisy mengenai siapakah yang akan meletakkan semula Hajarul Aswad di tempatnya. Setiap anggota kabilah cuba menegakkan hak masing dengan melakukan sumpah La’qatu-dam (sumpah mencecah darah dengan melukakan tangan masing-masing). Atas cadangan Abu Umaiyah al-Mughirah, mereka menerima barangsiapa yang mula-mula memasuki Masjidil Haram melalui pintu Bani Syaibah, dialah yang akan membuat penyelesaian. Kebetulan orang yang memasuki Masjidil Haram itu ialah Muhammad. Dengan riang mereka berseru, “Inilah dia Muhammad Al-Amin, orang yang kami tunggu-tunggu”.

Ketika nabi mengundang keluarga Abdul Mutalib untuk diserunya (rujuk Al-Syu’ara : 214), baginda berkata:

“Bagaimana pendapatmu sekalian jika kuberitahu kamu bahawa di kemuncak bukit ini ada pasukan berkuda hendak menyerang kamu, percayakah kamu?” Maka jawablah mereka: “Ya, engkau tidak pernah disangsikan. Belum pernah engkau berdusta”.

Begitu juga ketika surat nabi sampai kepada Heraclius, raja rom di Baitul Maqdis, Heraclius terus bertanyakan kepada para pedagang Arab adakah Muhammad pernah berdusta sebelum menjadi nabi. Mereka menjawab “tidak”. Mendengarnya Heraclius lalu berkata: “Orang yang tidak berdusta kepada manusia, mana mungkin jadi berdusta atas nama Allah”.

Heraclius hanyalah seorang daripada musuh-musuh nabi yang turut mempercayai kebenaran nabi. Selain beliau, Abu Jahal turut mengakui : “Kami tidak dustakanmu ya Muhammad, tetapi kami menolak agama yang engkau bawa”. Selain itu,  Al-Nadir Al-Harith, musuh nabi juga : “Adalah Muhammad di antara kamu seorang anak muda yang paling disukai dan paling besar amanahnya, tetapi apabila ia membawa kepada kamu apa yang ia bawa, maka kamu katakan dia ahli sihi. Demi Allah, dia bukanlah ahli sihir”.

Kepercayaan musuh-musuh Muhammad bukan hanya sebelum kerasulannya, bahkan selepasnya juga. Kerana sifat amanahnya itulah mereka sanggup menyerahkan barang-barang kepunyaan mereka kepada baginda untuk dijaga. Sehingga berlakunya hijrah, barulah barang-barang tersebut dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing termasuklah MUSUH-MUSUH ISLAM.

rujukan:

  • Sejarah dan Pemikiran Islam: Abdul Rahman Haji Abdullah, B.A Hons (USM), Cert. Ed. (MPSI).

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part III.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: