Cinta, Rindu..

Sujudlah pada Tuhanmu.

Ya Rabb, Kau hadirkan cinta ini dalam hatiku..

Aku bimbang, aku takut kelalaian akan menghampiriku..

Aku takut cintaku padamu berantakan..

Ya Rahman, Kau suburkan rindu dalam hati ini pada insan bernama wanita..

Aku bimbang rinduku pada syurgamu pudar..

Aku takut suatu masa aku lebih menyintai dunia ini dari bersamaMu..

Ya Rahim, bukan aku ingin kufur atas pemberianmu..

Benar, cinta, rindu yang kujalani ini satu anugerah..

Tempatkanlah cinta, rindu ini pada tempatnya..

Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa menetapkan sesuatu perkara..

Jika benar wanita itu kelak isteriku..

Jagalah hatiku..

agar cintaku padanya..

agar rinduku padanya..

Tak melebihi cinta seorang hamba pada Penciptanya..

Ku akui aku lemah..

berikan aku kekuatan untuk terus memburu syahidmu..

Berikan aku rahmatmu agar setiap untaian yang keluar dari bibirku satu dakwah..

Dan buatmu wanita yang dirindu, dicinta..

Jika benar kelak kau isteriku..

Aku pinta kita bercinta kerana Allah..

jangan biarkan amal kita terhenti kerana perkahwinan..

Aku berdoa..

2 responses to this post.

  1. sangat suka ayat2 ini…keep it up..insyaALLAH segala yang baik akan sentiasa mendapat restu Allah Taala..dan jika sudah tertulis siapa jodohmu di luh mahfuz, terimalah dengan penuh keredhaan…

    Reply

  2. Posted by aisyahaswad on December 8, 2010 at 2:56 pm

    tq2.. sekadar satu cebisan dakwah.. Satu usaha kecil dari insan kerdil..

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: