Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part 1.

Muhammad, Jesus, and Moses are brothers in faith.

1. Kedatangan Muhammad yang dinanti-nantikan.

Diriwayatkan ketika Abdul Mutallib dan bangsawan2 Quraisy yang lain mengunjungi yaman untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan ke atas Habshah, Raja Saif Zu Yazin memberitahu bahawa seorang anak lelaki akan lahir dari Makkah, dan di antara 2 tulang belikatnya ada tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut, maka ia akan jadi pemimpin sehingga hari kiamat.

Apabila diselidiki Taurat dan Injil, terdapat ayat yang menjelaskan tentang perihal kedatangan Muhammad. Dalam taurat misalnya, terdapat ayat :

“The Lord cam from the north, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints.”

Sinai (the north) yang dimaksudkan adalah pengutusan Musa a.s dan kitab Taurat padanya. Seir pula adalah 1.5 km daripada bethlehem ( Baitul-laham), tempat muculnya Isa a.s dan kitab Injinya.Ada pun tentang Paran, Taurat sendiri mengisahkan perihal Ibrahim menempatkan Hajar dan Ismail ( Genesis:21:21). Jadi berdasarkan Taurat itu sendiri, Paran adalah Hejaz kerana di sinilah Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya. Berkenaan 10,000 of Saints itu menurut Prof David Benjamin Keldani ( kini Abdul Ahad Daud) , adalah pengikut Muhammad saw sewaktu peristiwa pembukaan Kota Makkah pada 8 H.

Dari kitab Injil pula:

For Moses truly said unto the Fathers, a prophet shall the Lord your God raise up unto you of your brethren, like unto me; him shall ye hear in all things whatsoever he shall say unto you.(Acts of Apostles 2:22)

“unto you of your brethren ” bermaksud seorang nabi akan diutus dari saudara Nabi Yaakob (Jacob) dan iaitu daripada Bani Ismail yang mana Ismail a.s. adalah saudara tua Ishak a.s, bapa kepada Yaakob a.s..

Mengenai kalimat “like unto me”, maksudnya ialah Muhammad mempunyai banyak persamaan dengan Musa a.s., antaranya;

  1. Muhammad dan Musa dilahirkan secara biasa beribu bapa, sedang Isa tidak berbapa.
  2. Muahammad dan Musa sama-sama berumahtangga, sedangkan Isa semasa hayatnya tidak. ( * Islam berpegang bahawa Isa a.s. tidak wafat dan akan muncul kelak sebagai al-Masih.)
  3. Baik Musa mahupun Muhammad membawa syariat baru sedangkan Isa menyambung syariat yang dibawa Musa. “Janganlah kamu sangka aku datang untuk merombak Taurat, melainkan hendak menggenapkan”-Saint Matthews 5:17. 
  4. Musa dan Muhammad secara biasa sedangkan menurut doktrin yang dibawa Kristian, Isa dibunuh di tiang salib.

Ditambah pula dengan kisah ketika Abi Talib membawa Muhammad saw untuk berniaga ke Syam (Syria) yang kita semua sudah sedia maklum. Di kalangan pendeta yahudi dan nasrani, ramai yang mengetahui tentang kedatangan Muhammad saw, contohnya tentang saudara Khadijah isteri nabi, Waraqah ibn Naufal yang mengakui kerasulan Muhammad saw sewaktu mendengar perihal yang diceritakan Khadijah tentang Muhammad saw didatangi Jibril di Gua Hira’.

Demikinlah beberapa anekdot tentang kepercayaan umum sekitar bakal wujudnya seorang nabi yang takdirnya akan menamatkan siri-siri kerasulan di muka bumi ini.

Wallahualam..

rujukan:

  • Sejarah dan Pemikiran Islam: Abdul Rahman Haji Abdullah, B.A Hons (USM), Cert. Ed. (MPSI).

One response to this post.

  1. […] >Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part I. […]

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: