Archive for November, 2010

Sesuatu Yang Terjadi Ada Jawapannya

Kita seringkali bertanya dan mempertikaikan apa yang terjadi ke atas diri kita selama ini. Kita tidak sedar dan redha bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah jua….

  • Ya Allah.. Kenapa semua ini terjadi pada aku??

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

 

  • Ya Allah.. Kenapa berat sangat ujian ini??

” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.”

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

 

  • Ya Allah.. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”

(Surah Al-Imran ayat 139)

” ….. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

(Surah Yusuf ayat 12)

 

  • Ya Allah.. Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini??

” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk .”

(Surah Al-Baqarah ayat 45)

 

  • Ya Allah.. Kepada siapa untuk aku berharap??

” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “

(Surah At-Taubah ayat 129)

 

 

Mengapa Harus Bersedih!

Saudaraku,

Nikmat yang terbesar bagi setiap muslim ialah islam dan iman. Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu yang terbaik buat hamba-Nya samada nikmat mahupun ujian. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibandingkan dengan banyak mana yang Allah beri kepada kita, tidak akan terhitung nilainya. Firman Allah :

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.”

(Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang di sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, wahai saudaraku sekalian. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain, InsyaAllah. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Firman Allah:

” Janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati.”

(Al-Ankabut 29:33)

Saudara,

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap kita akan hadapi ialah hasutan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya! Dan setiap didikan yang baik kepada anak kita akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Continue reading

Israeli Holocaust~A massacre.

IsraeliHolocaust<<<<Download this. Special for you.

Kalian boleh memilih untuk terus ketawa, untuk terus bersuka ria. Atau kalian boleh memilih untuk kembali pada jalan yang sebenarnya. Benarkah kalian Islam? Jika benar, apa buktinya? Nama kalian tidak cukup untuk menamakan kalian sebagai Islam. Ingatlah bahawa kalian akan ditanya ke manakah langkah dalam dunia ini? Benarkah kalian hidup sebagai khalifah?

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,:”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata,:”Apakah engkau ingin menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu?” Dia berfirman,:”Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” – Al-Baqarah : 30.

AINA ANTUM YA KHALIFAH?

AINA ANTUM YA KHALIFAH?

AINA ANTUM YA KHALIFAH?

Di mana kalian saudaraku…Jom bangkit..

AINA ANTUM YA KHALIFAH?

Merendah diri untuk Meninggi..

Kita tetap harus merendah diri meskipun pada saat sedang berhadapan dengan pelaku dosa besar. Kita tidak boleh berasa diri lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebab kita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akn bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn al-khatimah(kesudahan yang baik). Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilakukannya itu, nauzubillah. Sebaik-baik manusia boleh menjadi buruk, dan seburuk-buruk manusia boleh menjadi baik.

Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(Riwayat al-Tarmizi no.2693)

Sebenarnya berasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat kelak. Jika tidak segera diubati, penyakit hati ini akan membawa kepada pelbagai kerugian dan kerosakan yang lebih berat daripada yang diakibatkan dosa-dosa zahir.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam Fath al-Bari 11/401 bahawa Hafs bin Humaid bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak :

“Aku melihat sessorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya? ”

Ibn al-Mubarak berkata :

” Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu.”

Wallahu a’lam..

Renung-renungkan dan muhasabah diri..

Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part II

brothers.

>Benarkah Muhammad itu Rasulullah? Part 1. 

2. Muhammad sebagai As-Sadiq Al-Amin.

Sesungguhnya aku telah tinggal bersama kamu beberapa lama sebelumnya (Sebelum Al-Quran diturunkan).Apakah kamu tidak memikirnya? – Yunus : 16.

Jika di Part I, Taurat dan Injil telah meramal kedatangan baginda nabi Muhammad s.a.w., maka dengan itu kebenarannya sebagai Rasulullah tidak dapat dinafikan lagi. Pengakuan tentang kebenaran baginda tidak lain tidak dak bukan adalah kerana peribadinya, kerana sirah perjalanan hidupnya. Sebelum diutuskan sebagai nabi lagi, baginda telah terkenal sebagai As-Sadiq Al-Amin yakni orang yang benar lagi dipercayai.

Pernah suatu ketika, Abdullah bin Abil-Huma’ seorang rakan perniagaannya, berjanji untuk menemuinya di suatu tempat, tetapi dia sendiri telah terlupa akan janjinya. Sehingga tiga hari tiga malam nabi menunggunya. Hinggalah pada hari keempat, itupun secara kebetulan,  dia melintasi tempat tersebut dan nabi masih lagi berada di situ. Alangkah kesalnya dia dengan kelupaannya itu tetapi dengan senyuman nabi mengatakan “Janganlah difikirkan sangat, mungkin saya yang bersalah. Saya telah berjanji untuk menunggu tuan di sini sehingga tuan datang. kerana itu saya mesti memenuhi janji saya.”MasyaAllah.

Continue reading

Ukhwah Fillah


Ya Allah,

kepada-Mu ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga..

Sesungguhnya Kau telah pinjamkan sahabatku ini,

yang sangat memahami diriku yang lemah ini,

yang sentiasa memberi sokongan dalam perjuangan ini,

yang sentiasa mengingatkanku kepada-Mu..

Ya Rahim..

Aku memohon kepada-Mu,

berkatilah ukwah antara kami,

biarlah kami thabt dalam perjuangan ini,

hanya Engkau yang tahu betapa aku sangat menyayangi sahabatku ini..

Ya Sami’..

Hanya Engkau yang mendengar luahanku ini,

jadikanlah sahabatku ini,

muslim yang sejati,

yang sentiasa menegakkan kalam-Mu..

Ya Rahman..

Lindungilah dia dari kecelakaan,

rahmatilahdi di dunia dan akhirat..

Sahabat..

Maafkan segala silapku,

aku takut andai tiada lagi masa yang Allah pinjamkan untukku memohon kemaafan darimu..

Yang Ikhlas,

Sahabatmu yang jauh di mata tapi dekat di hati, InsyaAllah..

Mujahidah Ansarullah

Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja… Continue reading

%d bloggers like this: