Amanat Syeikh Ahmad Yasin

Syeikh Ahmad yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

“Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang telah mat (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana ALLAH. Tiada satu pun kumpulan yang menentang (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh ALLAh yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golaongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami. [More…] Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya memandang kami dengan pandangan yang mengecam, mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

“Ya ALLAH, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat Islam yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.

Jika kalian mahu, marilah bersam-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya ALLAH akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi ALLAh, jangan menjadi musuh kepada kami wahi pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”

“Ya ALLAH, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu, lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepda orang-orang yang lemah dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akn menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya ALLAH, kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya ALLAH, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…”

Sumber: Gerakan Freemasonry- Musuh dalam menghancurkan Islam.

Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed.

: Hj. Mohd Mahadi Hj Isa.

One response to this post.

  1. info yang menarik…

    izin nyimak ya…

    di tunggu kunjungan baliknya…

    by auto loan refinancing

    Reply

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: