Archive for August, 2010

Jihad itu bukan seketika cuma!!

Apa yang kita lakukan? Sekadar mancaci dan mengutuk untuk seketika??

Adakah kita memberi sesuatu sumbangan yang terdaya kita lakukan untuk saudara-saudara Islam kita disana??

Kita bukan lemah sangat sehinggakan hanya mampu mengutuk dan sumpah seranah. Tetapi memang betul, orang kita bab sumpah seranah memang nombor satu.

Di sana-sini orang berjuang dan berjihad untuk Islam, sedangkan kita leka menikmati hidup dengan selesa tanpa ada rasa tanggungjawab. Mungkin juga ramai yang masih lena dengan keselesaan hidup masing-masing. Hanya sibuk menurut nafsu serakah dalam mengumpul harta dan kemewahan. Mencari keseronokan duniawi yang tidak sudah tanpa menoleh pada kesengsaraan orang lain hatta saudara seagama sekalipun.

Apabila ada pihak menyatakan kita perlu boikot barangan yang jelas member sumber pada kafir-kafir laknatullah yang menindas umat Islam, ramai yang mengeluh “takut hilang kerja” “kempunan tak dapat makan” “ini strategi pihak-pihak dengki pada syarikat berkenaan, jadi tak mengapa abaikan saja”.

Dengan alasan yang begitu jijik yang mana mencerminkan betapa rendahnya semangat ukhuwah dalam Islam yang diletakkan dalam diri masyarakat hari ini.

This is part of what we should boycott..a non stop boycott..

Wahai Seorang Hawa, Renungkanlah..

Renungkanlah wahai hawa…

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Continue reading

%d bloggers like this: