Sekilas pandang ke dalam jiwa

Merenung diri, mencari titik hitam pada sehelai kertas putih. Inilah kita, masyarakat Islam di Malaysia. Dari pemerhatian penulis, masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak melihat Islam dari sudut yang agak sempit, Rata-rata pihak melihat Islam dari sudut amal fardhi. Bagi golongan Islam majoriti ini, Islam itu hanyalah merangkumi 5 Rukun Islam dan beberapa amal persendirian yang lain. Mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, hajji, bersedekah dan beberapa amal lagi yang rasanya para pembaca dapat fikirkan sendiri.

Islam is the way of life. Islam itu satu cara hidup. Di sini, dapat kita rumuskan bahawa setiap saat dalam hidup kita hendaklah berteraskan Islam.Satu contoh kesalahan umat Islam di Malaysia dalam membuat tanggapan adalah politik dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya digaulkan dalam satu pinggan yang sama. Tanggapan ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang nyata. Cuba kita renungkan, apakah Rasulullah s.a.w. mengamalkan politik ketika baginda s.a.w. memimpin umat Islam? Tentu sekali jawapannya ya. Maka, sewajarnya kita selaku para dai’e menyedarkan masyarakat bahawa Politik itu adalah salah satu bidang dalam Islam.

Seterusnya, andaikata kita ajukan soalan “apakah tujuan kalian belajar?” kepada mahasiswa dan pelajar, maka banyaklah jawapan yang kita dengari. Ada yang belajar untuk kaya, belajar untuk bela nasib keluarga, dan ada juga yang belajarnya untuk menjadi orang yang berilmu. Semua jawapan itu tidaklah salah, tetapi jarang yang dapat melihat dari mata seorang Islam, dengan pandangan yang lebih tepat, “aku belajar untuk Allah, aku nak syurga Allah”. Inilah destinasi kita yang sebenarnya, syurga, satu kenikmatan yang dijanjikan kepada hamba-hambaNya yang taat.

Banyak lagi yang menjadi kesalahan dalam masyarakat Islam di Malaysia, antaranya percmapuran antara adat dan agam sehingga melanggar syarak, dakwah itu hanya untuk seorang ustaz. Penulis menyeru agar kita sama-sama dapat membangukan ummah meskipun badai cabaran itu melambungkan kita dalam arusnya yang tungggang-langgang. InsyaAllah, syiar Islam akan tertegak di dunia ini, ISLAM WILL DOMINATE THE WORLD.

Assalamualaikum.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: