Dunia, jangan hanyutkan aku!

Lady in red. Kelalaian dunia yang nyata.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya lady in red dan kelalaian hidup di dunia. Sebenarnya, dalam freemasonry, terdapat simbol lady in red yang membawa maksud kelalaian dunia. Penulis bukanlah ingin melakar diskripsi mengenai gerakan freemason, sasaran utama penulis adalah untuk membicarakan mengenai bangsa kita (bangsa Islam, bukan bangsa Melayu) yang semakin larut dalam alunan dunia, sepertimana larutnya garam dalam air, tidak mudah untuk mendapatkan garam itu semula.

Dalam satu perkhemahan yang penulis sertai, ada penceramah yang mengatakan perkiraan masa hidup kita ini hanyalah 2 jam setengah masa di akhirat, masyaAllah, pendeknya hidup di dunia. Meskipun demikian, masih ramai yang terus terleka dengan dunia yang indahnya ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan akhirat yang abadi.

“Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya,”-Asy-syahid Imam Hasan Al Banna.
Begitu sedikinya masa di dunia ini hinggakan kewajipan yang dituntut ke atas kita itu adalah lebih banyak. Asy-Syahid di ambang kematiannya telah berhujah bahawa mati adalah masa rehat baginya, Dari sini, kita dapat memahami bahawa kehidupan di dunia ini tiada rehat. Ketahuilah kalian bahawa kesusahan kalian ketika di dunia ini dalam menegakkan syariat Islam akan dibayar di syurga dengan kemanisan.

Tugas kita di dunia ini terbahagi kepada 2 yakni amal fardhi dan amal jama`ie. Marilah kita bersama-sama renungkan perjalanan kita selama ini, apakah ia penuh dengan amal, atau kita masih berhat, terlalai dengan dunia yang sementara. Semoga kita dijauhkan dari azab neraka. Benar, Allah itu Maha Penyayang, tetapi azab Allah tetap azab yang pedih. Muhasabahlah diri anda, agar seorang Islam yang benar-benar Islam dapat dilahirkan. InsyaAllah.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: