Buat insan bernama isteri.

Assalamualaikum.
Terima kasih wahai isteriku kerana kehadiranmu. Hadirmu menguatkan lagi cintaku padaNya, menambah kemanisan untuk bertahajud di sepertiga terakhir malam. Sesungguhnya, benar, cinta yang dibina kerana Allah itu cukup indah, cukup suci. Taktala aku dibuai keindahan dunia, kau menyedarkanku, menuntunkan ku kembali ke jalan para salafus soleh, begitu juga bila kau yang tersasar.

Isteriku, seribu kemaafan ku pinta darimu. Aku ini insan yang lemah, meski telah lama kita bersama, aku masih gagal menafsirkan dirimu. Kecetekan akalku membuatku kerap melakukan kesalahan. Meski di bawah kakiku ini letaknya syurgamu, aku masih perlu memohon kemaafan darimu. Ini bukan kali pertama aku bersalah padamu, sudah seringkali kau menitiskan airmata atas perlakuanku yang di luar akal normal, atas kebodohanku melukakan hatimu. Aku insan yang hina, aku insan yang hina, aku insan yang hina. Tercipta dari setitis air mani yang hina.

Isteriku, kupohon kau maafkanlah aku, agar aku kelak dapat mengesat air matamu, atau sekurang-kurangnya menangis bersamamu. Apakah kau akan terus bersama dalam bahtera yang mana aku adalah nakhodanya. Ku pohon, teruslah bersamaku, andainya kita dilambung badai yang membinasakan, tanganmu masih dapat menggenggam jarimu. Biarlah bagaimanapun isi dunia ini mencebik ke arah kita, taktala aku yang membawa badai itu ke arah kita, aku yang menjadi punca kau bermuram durja, kupohon,pimpinlah aku. Maafkan aku.

Mengenalimu membawaku mengenal Tuhan, mencintaimu bagiku hanya kerana Allah. Kerana aku percaya di lauh mahfuz telah tertulis jodoh kita, kerana peribadimu yang indah membuatkan aku ingin memilihmu untuk melahirkan zuriat pewaris ummah dari benihku. Dan kerana engkau yang aku yakini akan menyokong aku di medan dakwah. Tangisku kau iringi dengan deraian air mata, merasai apa yang aku rasa dan kau buatkan aku lebih gembira taktala aku sedang gembira.

Hadirmu mendekatkan aku dengan Allah, Kau insan yang hebat, motivasi buatku. Kau membetulkan hatimu di jalan Allah, kau menerima dakwahku dengan jiwa yang lapang. Dan perubahan dirimu, hijrahmu itu bukanlah kerana aku, tetapi kerana cintamu pada Dia yang satu.Di dalam setiap langkahmu, mengharapkan kemanisan iman. Aku mencintaimu kerana di hatimu aku bukanlah yang pertama, bukan yang paling kau cintai, juga kerana peribadimu yang meluahkan cinta dengan amal. Aku memilih dirimu kerana sebelum ijab itu kau menjauh dariku kerana takutkan dosa. Dan kaulah yang meminta segera diijabkan kerana takut terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Sesungguhnya kaulah yang mampu membuatkan aku sujud menangis di hadapan Allah.

Dedicated to Ummu Aisyah, maafkan kesilapanku.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: