i love u fillah.

Ukhwah Fillah…

Dari Anas bin Malik radhiallâhu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (H.R.Bukhari dan Muslim).

Wahai umat Islam Palestin, Amerika, Malaysia atau di mana sekalipun, aku adalah saudara kalian.

Ketika penulis membicarakan bahawa semua umat Islam itu bersaudara kepada seorang adik berusia 13 tahun, termanggu dia. Sedarlah penulis bahawa sememangnya, masih ramai di luar sana tidak menyedari bahawa umat Islam itu bersaudara. Benar, kita bukan saudara sedarah daging, tetapi kita saudara satu akidah, akidah yang mengesakan Allah. Biarpun adakalanya kita berselisih faham, tapi kita tetab saudara. Maka apabila disebut saudara, kita semua harus menyempurnakan hak-hak seorang saudara.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

Maka sempurnakanlah hak-hak tersebut. Beberapa minggu yang lalu,penulis telah dikhabarkan oleh seorang akh mengenai satu statement pedas yang dikeluarkan salah seorang pemimpin negara kita. Orang Besar tersebut telah mengatakan bahawa rakyat Palestin itu lemah. Kedangkalan pemimpin tersebut terang-terangan menunjukkah bahawa beliau kurang kefahaman dalam Islam. Rakyat Palestin itu saudara kita. Sekiranya mereka itu lemah, maka kita adalah lemah. Marilah bersama-sama kita renungkan dan perbaiki kecacatan kita.InsyaAllah Islam pasti tertegak di bumi ini. ANA AKHUKA FI HARAKATUL ISLAMIAH.

Your comments~

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: