Archive for June, 2010

Sekilas pandang ke dalam jiwa

Merenung diri, mencari titik hitam pada sehelai kertas putih. Inilah kita, masyarakat Islam di Malaysia. Dari pemerhatian penulis, masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak melihat Islam dari sudut yang agak sempit, Rata-rata pihak melihat Islam dari sudut amal fardhi. Bagi golongan Islam majoriti ini, Islam itu hanyalah merangkumi 5 Rukun Islam dan beberapa amal persendirian yang lain. Mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, hajji, bersedekah dan beberapa amal lagi yang rasanya para pembaca dapat fikirkan sendiri.

Islam is the way of life. Islam itu satu cara hidup. Di sini, dapat kita rumuskan bahawa setiap saat dalam hidup kita hendaklah berteraskan Islam.Satu contoh kesalahan umat Islam di Malaysia dalam membuat tanggapan adalah politik dan agama adalah dua perkara yang tidak seharusnya digaulkan dalam satu pinggan yang sama. Tanggapan ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang nyata. Cuba kita renungkan, apakah Rasulullah s.a.w. mengamalkan politik ketika baginda s.a.w. memimpin umat Islam? Tentu sekali jawapannya ya. Maka, sewajarnya kita selaku para dai’e menyedarkan masyarakat bahawa Politik itu adalah salah satu bidang dalam Islam.

Continue reading

Advertisements

Couple haram ke?

BICARA UMMAH: ISU COUPLE.

Cinta yang hakiki itu hanya cinta pada YANG MAHA SEMPURNA.Wo ai ni Allah.

“Dan janganlah kamu mendekati zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.

(Surah Al-Israa’17: ayat: 32).

5  SEBAB  MENGAPA  COUPLE  ITU  HARAM

1.Tidak mempunyai niat yang baik.

-Yakni tidak berniat untuk berkahwin tetapi sekadar hiburan semata-mata.

2.Kegagalan mematuhi syariat agama.

-Dalam couple, wujud perkara yang tidak sepatutnya seperti berdating dan bershopping.

-Kebiasaannya wujud panggilan yang tidak sepatutnya seperti “darling” dan “sayang”.

3.Menjatuhkan maruah peribadi seorang wanita.

-Dalam perhubungan, masyarakat biasanya, tidak akan berbicara mengenai si lelaki yang bercouple itu, tetapi si perempuan.

-Kesan buruk mungkin terlihat apabila perpisahan berlaku.Pendapat negatif akan dilemparkan masyarakat antaranya mungkin si perempuan telah hamil.

Continue reading

Buat insan bernama isteri.

Assalamualaikum.
Terima kasih wahai isteriku kerana kehadiranmu. Hadirmu menguatkan lagi cintaku padaNya, menambah kemanisan untuk bertahajud di sepertiga terakhir malam. Sesungguhnya, benar, cinta yang dibina kerana Allah itu cukup indah, cukup suci. Taktala aku dibuai keindahan dunia, kau menyedarkanku, menuntunkan ku kembali ke jalan para salafus soleh, begitu juga bila kau yang tersasar.

Isteriku, seribu kemaafan ku pinta darimu. Aku ini insan yang lemah, meski telah lama kita bersama, aku masih gagal menafsirkan dirimu. Kecetekan akalku membuatku kerap melakukan kesalahan. Meski di bawah kakiku ini letaknya syurgamu, aku masih perlu memohon kemaafan darimu. Ini bukan kali pertama aku bersalah padamu, sudah seringkali kau menitiskan airmata atas perlakuanku yang di luar akal normal, atas kebodohanku melukakan hatimu. Aku insan yang hina, aku insan yang hina, aku insan yang hina. Tercipta dari setitis air mani yang hina.

Continue reading

Dunia, jangan hanyutkan aku!

Lady in red. Kelalaian dunia yang nyata.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya lady in red dan kelalaian hidup di dunia. Sebenarnya, dalam freemasonry, terdapat simbol lady in red yang membawa maksud kelalaian dunia. Penulis bukanlah ingin melakar diskripsi mengenai gerakan freemason, sasaran utama penulis adalah untuk membicarakan mengenai bangsa kita (bangsa Islam, bukan bangsa Melayu) yang semakin larut dalam alunan dunia, sepertimana larutnya garam dalam air, tidak mudah untuk mendapatkan garam itu semula.

Dalam satu perkhemahan yang penulis sertai, ada penceramah yang mengatakan perkiraan masa hidup kita ini hanyalah 2 jam setengah masa di akhirat, masyaAllah, pendeknya hidup di dunia. Meskipun demikian, masih ramai yang terus terleka dengan dunia yang indahnya ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan akhirat yang abadi.

Continue reading

Malu itu indah

Dalam satu usrah yang penulis sertai tempoh hari, seorang sahabat telah berkongsi satu perkara yang baru bagi penulis. Walaupun cuma mengambil masa hanya lebih kurang sepuluh minit, usrah tersebut nyata membawa input yang baik.

Kata sahabat tersebut, “yahudi itu dibina dengan simbol kekerasan, kristian itu dengan sifat kasih sayang, dan bagi islam itu sifat malu”. Betapa hebatnya sifat malu ini sehingga menjadi simbol agama yang teragung. Tetapi di sini penulis ingin tekankan, malu yang dimaksudkan ialah malu yang bertempat.

Malu yang paling utama ialah malu pada Allah. Hebat sekiranya sifat ini ada pada kita. Dengan perasaan malu pada Allah dalam diri kita, maka keinginan untuk melakukan maksiat itu dapat dibelenggu. Kita ini makhluk yang hina, dicipta dari setitis air mani yang hina. Terdapat banyak lagi malu dalam Islam, antaranya sifat malu ketika berhadapan orang bukan muhrim.

Akhirul kalam, binalah sifat malu dalam diri kita. Sesungguhnya Islam itu cukup sempurna. Ya Allah bimbinglah kami ke jalan yang benar.

Peringatan untuk yang bernyawa

Kebenaran Siksa Kubur

Allah Ta’ala berfirman,

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” (Thaahaa: 124)

Menurut Abu Sa’id al-Khudri dan Abdullah bin Mas’ud, yang dimaksud dengan penghidupan yang sempit ialah siksa kubur.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa’id al-Khudri bahwa ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor naga yang akan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Sendainya seekor saja dari naga itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman).'”

Sebuah hadits diriwayatkan oleh Ali bin Ma’bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, “Ketika mayat diletakkan di dalam kubur, ia didatangi malaikat yang diutus Tuhannya dan bertanya, ‘Siapa Tuhanmu?‘ Bagi orang yang diberi keteguhan oleh Allah, ia akan menjawab, Tuhanku adalah Allah.‘ Ketika ditanya, ‘Apa agamamu?’ Ia menjawab, ‘Agamaku Islam.’ Dan ketika ditanya, ‘Siapa nabimu?’ Ia menjawab, ‘Nabiku adalah Muhammad’ Merasa sebagai orang yang beruntung, ia berkata kepada malaikat, ‘Biarkan aku bertemu dengan keluargaku. Aku ingin menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka.’ Namun, malaikat berkata, Tidurlah saja dengan tenang, kamu akan dipertemukan dengan teman-temanmu.’ Tetapi, bagi orang yang tidak diberi keteguhan oleh Allah, ketika ditanya oleh malaikat, ‘Siapa Tuhanmu?’, ia tidak bisa menjawabnya. Sehingga, ia lalu dipukul oleh malaikat, dan ia menjerit kesakitan yang suaranya bisa didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu malaikat berkata, ‘Tidurlah dengan menderita.'”

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.

(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menghadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”. Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Received from ukht Ummu Aisyah.

Thank You.

Aurat ini akan kujaga untukMU.

Etika menutup aurat muslimah

1. Aurat wanita didepan lelaki bukan mahram adalah seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Tidak boleh yg menampak aurat walaupun kecil seperti menampakkan leher, lengan dan sebagainya.

Firman Allah:

Maksudnya: “Dan janganlah wanita-wanita itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada-dada mereka.” (31: An-Nur)

Perhiasan yg zahir adalah muka dan tapak tangan.

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit. contohnya pakaian yg jarang atau yg nipis sehinggakan nampak warna kulit.

Inilah yg Nabi sebut sebagai wanita ahli neraka:

“Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya.” Hadis sahih riwayat imam Muslim.

Saidina ‘Aisyah r.a apabila melihat perempuan yg memakai tudung yg nipis, beliau akan menyuruhnya memakai yg tebal dan berkata:

“Tudung adalah yg menutupi kulit dan rambut.”

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh.

Banyak wanita yg memakai pakaian tetapi tidak mencukupi syarat-syarat ini maka dia tidak dianggap menutup aurat kerana 3 perkara ini syarat utama bagi menutup aurat. Jadi berapa ramaikah wanita yg benar-benar menutup auratnya?

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAT SEKELIAN..HIDUP DAN MATI KITA HANYA UNTUK ALLAH.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : ” Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?” Jawab Nabi S.A.W. : Jangan menipu Allah.” Orang itu bertanya lagi : ” Bagaimana menipu Allah ?” Jawab baginda “Iaitu mngerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah,tetapi tidak kerana Allah.” Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Received from Ummu Aisyah.

Thank you.

%d bloggers like this: