Renovasi dalam berdakwah.

dakwah-org-tua

Saban hari, perkataan jumud atau ‘minda tertutup’ mula terpalit kepada geng-geng dakwah.

“Ini haram.”

“Itu haram.”

Lupakah pada firmanNya supaya menyampaikan dakwah dengan cara yang paling kena dengan sasaran dakwah. Brother rockers perlu cara berbeza untuk memukminkannya, tidak sama dengan berdakwah kepada ustaz-ustaz berserban bersongkok.

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An-Nahl: 125)

Pendekatan “ini haram, itu haram” mungkin berkesan pada sestengah individu dan kelompok. Ya, sesetengah. Kepada sesetengah yang lain, pendekatan ini mungking tidak berkesan, malah berpotensi melarikan sasaran dakwah atau mad’u lebih jauh dari circle biah solehah, memandang golongan pendakwah dan agamawan sebagai golongan aristokrat. Berbeza kasta dengan mad’u marhaen.

Kita lihat hari ini, kelompok kepimpinan negara berada beberapa kasta lebih tinggi daripada rakyat golongan pertengahan, apa lagi jika dibandingkan dengan golongan bawahan.  Sistem kasta yang diwarisi daripada golongan bangsawan terdahulu. Tradisi orang kaya makan mewah, orang miskin makin sisa. Kita tak mahu wabak ini berjangkit kepada golongan agamawan. Golongan agamawan perlu lebih baik, ulama adalah pewaris nabi.

Continue reading

Hadith Palsu yang Masyhur

images

Berikut telah diekstrakkan beberapa hadith palsu yang masyhur dalam kalangan masyarakat dan sebahagian pendakwah daripada buku “100 hadith dha’if dan palsu yang masyhur dalam kalangan masyarakat” oleh Sheikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayish al-Utaibi.

1. Barangsiapa dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan mungkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.  – Albani : Bathil dan tidak sah dari sudut sanan dan matan.

2. Bercakap-cakap dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput.  – Albani : Tidak ada asalnya.

3. Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. – Albani : Tidak sah dari Nabi Muhammad.

4. Dua golongan daripada umatku, apabila baik mereka, baiklah manusia. Iaitu umara’ dan fuqaha’ (Di dalam satu lafaz lain, umara’ dan ulama’). – Albani : Maudhu’.

5. Barangsiapa yang tidur selepas asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah di mencela melainkan kepada dirinya sendiri. -diputuskan palsu oleh Ibnu Al-Jauzi dalam al-Maudhu’aat,  al-Sayuthi dalam al-la’ali al-Masnu’ah & al-Zahabi dalam Tartib al-Maudhu’aat.

6. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup. – Albani : Maudhu’.

Continue reading

Kesalahan lelaki Muslim.

smoking-man

 

1. Memakai gelang dan rantai.

Umumnya, memakai gelang dan rantai bagi lelaki adalah haram kerana dikira menyerupai wanita. Hadis Nabi s.a.w.,

“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yg menyerupai lelaki” – Hadis riwayat al-Bukhari

1.1  Memakai gelang dan rantai untuk tujuan perubatan.

“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” – Hadis Riwayat Imam Ahmad

Walaubagaimanapun, hadis di atas diragui kesahihannya. Terdapat ulama berpendapat, diharuskan bagi kaum lelaki dalam keadaan-keadaan yang tertentu untuk memakai gelang jika terdapat keuzuran yang diiktiraf oleh syara’. Ini diqiyaskan daripada pengharusan syara’ bagi kaum lelaki untuk berinai apabila terdapat keuzuran yang mengharuskannya sepertimana yang dikatakan oleh Imam ar-Ramli Rahimahullah: “Maka haram berinai ke atas keduanya (lelaki dan khuntsa) kecuali kerana ada keuzuran”.

2. Tidak menjaga aurat di hadapan lelaki lain

Rasulullah saw bersabda:

 “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” – (Hadith Riwayat Aththahawi)

Hadith ini jelas membuktikan bahawa sebagaimana aurat lelaki dengan wanita, begitu jualah aurat antara lelaki dengan lelaki lain.

Untuk lebih memahami aurat lelaki, rujuk artikel “Aurat Lelaki, bicara yang diabaikan.

3. Gaya rambut yang keterlaluan

Antaranya, adalah trend tatu rambut yang sering dilakukan golongan muda sekarang(membuat garisan di rambut dengan pelbagai corak dengan cara mencukur)

Dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra yang bermaksud :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).” – (Hadis riwayat Abu Daud)

 Gaya rambut mohawk pula dihukumkan sebagai haram kerana menyerupai penganut agama lain. Hal ini perlu berbalik semula kepada asal-usul kaum yang mengamalkan rambut mohawk ini. Antaranya, bangsa Pawnee yang berpegang dengan animisme.

4. Merokok dan seangkatan dengannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah dan keterangan, sila rujuk SINI. Walaubagaimanapun, terdapat sebaagian ulama yang berpendapat hukum merokok Cuma sekadar makruh, atas alasan kemudaratan yang terhasil tidak bersifat segera, sebaliknya setelah satu jangka masa panjang, barulah berlaku kesan-kesannya.

” Orang yang berzina, dia akan masuk neraka sendirian, tetapi orang yang merokok dia akan menyebabkan orang lain sakit ” – Syeikh Nuruddin Makki Al-Banjari

 

Wallahualam, semoga Allah redha.

I am MUSLIM?

“Awak tahu tak pasal isu umat Islam di Syria ? “

“Err..tak tahu “
“Palestin? “
“Err.. tahu sikit “
“Rohingya?”
“Err.. tak tahu langsung”
“Bahaya Syiah ? “
“Apa? tak tahu pun Syiah tu bahaya “
“Kristianisasi (murtad) ? “
“Ada ke orang Islam murtad ? “
“Tak da pun” *mata ke atas tangan ke bahu !

Apa agaknya pandangan kita mengenai keadaan umat Islam di Malaysia dan serata dunia ?
1) Islam semakin baik ?
2) Islam semakin lemah tetapi boleh bertahan ?
3) Islam semakin terancam ?
4) Tidak pernah terfikir pun pasal keadaan Islam

Isu umat islam di Syria

Krisis di Syria bagai tiada hentinya. Bermula seawal bulan Mac tahun lepas hingga kini, masih tiada lagi tanda mahu kunjung reda.
Syeikh Samir dengan menegaskan bahawa hal ini menuntut pemerhatian umat Islam yang besar ! Sungguh besar !
“Al Aqsa tidak akan terbebas selagi Syria tidak dibebaskan ! ”Lantang, sungguh lantang suaranya.
“Ramai umat Islam kita tertipu dengan Syiah ! Tertipu ! “
“15% Syiah Nusaibah pimpinan Basyar Assad tegar membunuh, merogol,dan membakar umat Islam Sunni di Syria yang berjumlah 85% ! “
“Lalu, kita masih boleh berkata, mereka adalah hero umat Islam, hero umat Islam ! “
“Mana pergi sensitiviti kita wahai umat Islam ? “
“Revolusi Islam Iran telah berjaya memadamkan mata kita pada kekejaman yang dibuat oleh Hafiz Al Assad pada tahun 1982!”
“Lebih 60 ribu orang Islam dibunuh di bandar Hamra”
“Dunia sunyi sepi ! Tiada yang tahu ! “
“Tiada siapa yang tahu “
“Mana perginya umat Islam ?!”
Sedih. Saya sungguh sedih.
Air mata terasa mahu mengalir deras.
Kenapa aku tidak tahu ?

Kristianisasi

Continue reading

Menyempurnakan agama, meraikan adat.

image

Bismillah.

Lewat waktu ini, adat kerapkali diseterukan dengan agama. Adat dikatakan menghalang agama daripada ditunaikan secara kaffah. Seringkali digambarkan agama itu berbeza dari adat.

Agama. Adat. Apakah ada pertentangan dalam intinya? Apakah elemen-elemennya tidak bersatu?

Agama itu kepercayaan dan pegangan. Adat itu kebiasaan atau peraturan turun-temurun. Kebiasaan itu mengikut keadaan semasa. Terbiasa juga boleh jadi kebiasaan. Kepercayaan juga boleh jadi kebiasaan.

Adat itu juga mampu dijadikan satu elemen agama selagimana tidak bertentangan dengan agama, dengan syarak.

Continue reading

Dunia sebagai ladang akhirat.


بسم الله الرحمن الرحيم

Golongan yang berpegang bahawa dunia adalah ladang akhirat, mereka inilah golongan yang sebenar-benarnya beriman. Mereka menginsafi betapa rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main atau senda-gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?.

Al-An’am 6: Ayat 32.

Atas sebab rendahnya nilai dunia berbanding akhirat, hal-hal dunia sama sekali tidak mampu menyibukkan mereka sehingga lalai daripada akhirat.  Segala perbuatan dan tindakan mereka didasari dengan tujuan dan matlamat Allah menciptakan manusia di muka bumi ini.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri(beribadat) kepadaku.

Adz-Dzariyat 51: Ayat 56.

Orang-orang yang menerima Islam sebagai seluruh hidupnya termasuk perkara-perkara kecil, mereka menganggap dunia inilah tempat berbakti kepada Tuhan dan mendapatkan keredaannya. Dari urusan sebesar memerintah negara sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti berjenaka bersama rakan-rakan, semuanya adalah unutk mencari keredaan Allah.  Seluruh hidup mereka seperti menimba ilmu pengetahuan, perniagaan, rumahtangga, masa mahupun waktu semuanya dicurahkan kepada berbakti untuk Allah.

Kesilapan kita dalam mengejar akhirat.

Continue reading

Rantai perjuangan.

Solidariti untuk Ummat Islam!

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

 

“Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Surah Muhammad ayat 7.

Isu Palestin satu ‘trigger’.

Bertahan dan terus bertahan!

Ulama’ terdahulu melabelkan Palestin sebagai jantung dan hati umat Islam. Jasad yang manakah yang mampu bertahan bila jantungnya disakiti. Disaat itu, pabila dibicarakan isu Palestin, maka bercucuranlah air-air mata umat Muhammad, bumi yang suci ditawan. Bumi yang suci dibaham, bumi yang suci itu dilahap dengan kejam. Dan pada waktu itu juga, segenap umat Islam yang sedar akan tugasnya terus cuba menerkam Palestin untuk mendapatkan ia semula dari tangan Yahudi Laknatullah.

Tapi itu cerita lama. Cerita minggu lepas yang telah berkarat di arked-arked, yang kita katakan ia sejarah, padahal sejarah itu sedang berlaku. Tangan-tangan yang menggigit terus-menerus melaungkan slogan anti-zionis, anti-yahudi. Hinggakan kadang-kadang jadi sukar untuk kita membezakan antara orang yang berjuang dan orang munafik. Tapi ya, kata-kata inilah yang sebenarnya membogkarkan cerita semalam. Walaupun masih ada, para pendengar setia yang masih mampu beradu dengan asyiknya sedang dihadapannya berlaku ketidakadilan. Ini yang menyedarkan umat tentang lumpuhnya Islam pada saat itu, dan ini adalah ‘turning point’ bagi pemuda-pemuda Islam, dari lumpuh, terus berdiri dengan megah!

Abad 21 satu lembaran baru.

Continue reading

%d bloggers like this: